Pages

Thursday, June 10, 2021

PKP 3.0 - Day 10/14

 Nampak post sahabat SMTI, Sarina Husin di FB beliau iaitu kuih kaswi/kasui gedik. Alahai.. teringin pula. barang semua ada kecuali kapur makan. Ni kalau beli kapur makan mungkin sekali je lah guna lepastu terpaksa lupus sebab jarang buat kuih yang ada kapur. Mujur sebekas kapur makan tu RM1.50 sahaja.

Kak Widad pulak racun ibu.. sedapnya kuih kaswi. Hurmmm... kalau ada yang bakar memang ibu onz je lah... cari barang. Tepung ubi kan baru beli sebab Wafi nak buat mochi.. klau tak... memang takdelah stok tepung ubi tu. Gula merah dalam peti sejuk memang ada entah bila lah beli tu.. elok lagi.

Gigih lah jam 9.30 pm bancuh apa yang patut.

Resepi Kaswi/Kasui

Bahan-bahan A
1. 3/4 cawan gula putih
2. 1 cawan gula merah/perang
3. 2 cawan air

Bahan B
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1/2 cawan tepung ubi
3. 3 cawan air
4. 3/4 sudu teh (tsp) kapur makan campur 3 sudu makan (tbsp) air

Bahan C
1. 1 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
2. sedikit garam

Gunakan sukatan cawan metrik untuk dapatkan kuih yang cantik dan menggedik haha
tsb = teaspoon = sudu teh
tbsp = tablespoon = sudu makan

Cara-cara
1. Masakkan bahan-bahan A hingga larut dan tapiskan. Tunggu hingga sejuk.
2. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan-bahan B kecuali kapur makan dan bahan-bahan A yang telah sejuk. kacau sebati baru masukkan bancuhan air kapur. (jangan terlebih sukatan air kapur nanti kuih akan rasa pahit dan keras)
3. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang yang telah dilenserkan dengan minyak atau lapik plastik.
4. Sebelum tu panaskan periuk kukusan sehingga air mendidih dan masukkan loyang berisi adunan.
5. Untuk elak air menitis dalam kuih, tutup loyang dengan aluminium foil dahulu atau balut kain pada penutup kukusan.
6. Kukus selama 40 minit. (setelah dibuka penutup dan aluminium foil, ibu kukus kembali selama 5-10 minit tanpa penutup untuk mengeringkan air di atas permukaan kuih)
7. Sejukkan kemudian potong.
8. Gaul kelapa parut dan garam dan golek-golekkan potongan kuih.
Boleh juga kukus kelapa parut dan garam dahulu agar ia tahan lama.

Dah berapa tahun tak guna Trio steamer ni... asyik guna pengukus biasa je.. ini sebab guna loyang besar.

Loyang 8 x 8.. sedang elok ketebalan kuih.


Dah sejuk baru potong. Guna pisau plastik. Kalau ada bentuk terpeleot tidak mengapa sebab akan bersalut kelapa.

Malam ni gak makan sebab dah teringin. Esok boleh sambung buat breakfast.

Kaswi ni memang menggediklah. Ibu kurangkan gula putih dari 3/4 kepada 1/2 je.. kurang manis. Rasanya kalau ikut resepi asal memang ngamlah manis dia.
Elok kejadiannya guna resepi ni.. boleh jadi keeper resepi.


No comments:

Post a Comment