Pages

Monday, June 7, 2021

PKP 3.0 - Day 7/14

Hari ke 7 dah duduk di rumah. Nak keluar beli barang pun tiada mood. Makan dan masak apa sahaja yang di rumah. Pagi selepas selesai urisan rumah, masuk ofis rumah sekejap. Selesaikan kerja sikit. sambung lagi petang. Mood nak buat kerja sangatlah ke laut. layan Tamil movie, mata pulak mengantuk. Itupun hampir jam 4 pm. Jam 5 terjaga, perut pula terasa lapar. Duduk di rumah asyik lah lapr sahaja. hari ni mod nak naik threadmill pun takde.Mujur semalam sempat buat 30 minit.

Teringat sambal tumis untuk nasi lemak yang masih ada, boleh lah buat lempeng. Google resepi dulu.. padahal dah buat lah banyak kali. Kadang suka cuba resepi-resepi dan tip-tip baru.


Resepi Lempeng

Bahan-bahan
1. 3 cawan tepung gandum
2. 4 cawan air
3. 2 biji telur
4. 1 SB margerin
5. 1 SK garam 

Cara-cara
1. Blendkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati dan tiada ketu-ketul
2. Panaskan non-stick pan, kalau guna kuali biasa lenserkan dengan sedikit minyak/
3. Masukkan 1-2 senduk adunan ke dalam pan dan ratakan.
4. Bila dah gelembung dan nampak garing di tepi, terbalikkan.
5. Angkat apabila telah sedikit keperangan ke dalam pinggan.
5. Gulung atau lipat atau biarkan sahaja kepingan lempeng

Ibu guna mug Ikea ni. 

Pan non-stick yang ibu guna. since bahagian tengah telah sedikit calar  maka kena lenserkan juga dengan sedikit minyak bahagian tengah tu.

Dapat dalam 20 keping. Jadi bolehlah agak2 nak buat berapa bancuhan agar cukup untuk seluruh keluarga.

Boleh lah dicicah dengan sambal tumis, sambal sardin, kari ayam/daging, susu, gula atau apa sahaja yang sedap. Makan begitu sahaja pun sedap. Tekstur lempeng ini lembut sebab penggunaan telur. lempeng asli tiada telur dan margerin, semata-mata tepung, air dan garam. Kena buat nipis dan makan panas-panas, memang terangkat.

Hidangan minum petang hari ini.Popiah tu Cik Cha yang bagi. Air teh pula balance pagi tadi. suam-suam sikit since kita masuk dalam teko ala2 termos.

Rasanya ibu makan 5 keping.
Sedap sangat sementelah perut pun memang lapar.


Lepas solat maghrib join bacaan Yaasin untuk arwah Cik Jarah untuk malam ke 2. Insyaallah ada lagi 3 malam. Tak dapat ke rumah Cik Leh tak mengapa... boleh buat di rumah masing-masing 



 

No comments:

Post a Comment