Pages

Sunday, June 6, 2021

PKP 3.0 - Day 6/14

Dalam jam 9.47am semasa menyediakan sarapan, dapat hantaran whatsapp dalam grup Shohari Clan.

Assalamualaikum..

Innalilahinailahirojiun..

Adalah di maklumkan mak mentua saya (Hj. Siti Zahrah bt.  Abdul Aziz) baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya Yang terakhir sebentar tadi (9.00 pagi) di rumah jalan iskandar..
Mohon bersama-sama sedekahkan surah al-fatihah & mohon arwah ditempatkan bersama-sama insan Yang solehah..
Aminn..


Allahu..sangat terkejut dengan berita ini. Last dengar perkhabaran bahawa arwah Cik Jarah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana Covid-19. Lagi beberapa hari nak raya masih belum discharge lagi kerana arwah ada masalah pernafasan.

Tak dapat ziarah pun apabila beliau kembali ke rumah disebabkan saranan MKN untuk tidak berziarah semasa raya. Kami juga faham yang arwah dan Cik Leh golongan yang berisiko dan beberapa ahli keluarga mereka telah dijangkiti Covid-19.

Sebelum itu Covid-19 memang telah menjangkiti mereka yang beribadah di surau berdekatan rumah mereka.

Gambar ni dikongsi oleh anak arwah.
 
Cik Rasul sediakan van dan keranda untuk urusan jenazah ke kubur.

Semoga arwah Cik Jarah ditempatkan di syurga bersama-sama orang yang beriman dan tiada hisab buatnya.

Kami tidak dapat ziarah ke rumah arwah buat masa ini kerana SOP pengebumian semasa PKP yang mengehadkan kepada beberapa orang sahaja ahli keluarga dan ajk pengurusan jenazah untuk urusan pengebumian. Insyaallah bila keadaan reda akan melawat Cik Leh dan keluarga yang lain.

Urusan pengebumian akan dijalankan selepas solat Zuhur.

Sementara itu,siaplah sudah juadah untuk hari ini untuk dimakan sehingga dinner.

Nasi lemak yang kali ni complete condiments nya.
Ada sambal udang juga. Udang yang dibeli oleh Cik Nora di pasar borong untuk hari raya masih berbaki. Kali ni siap buangkan kulit udang supaya dapat dihabiskan udang tu.

Hampir jam 12 tengahari baru masing-masing terasa lapar. Oh ya.. ibu kalau makan nasi lemak buatan sendiri lebih suka makan dengan telur rebus. Kalau beli di luar akan ambil telur goreng.

Sambal hari ni kurang kick lah.. kurang pedas. Mungkin cili kering kurang pedas ni lebih sedap dicampur dengan cili kering pedas. Bagi mereka, sedap je..ye..lahhh..tinggal makan je kan.

Bismillah.

No comments:

Post a Comment