Pages

Sunday, November 14, 2021

Buah Markisa

Beberapa hari lepas dapat buah Markisa atau Passion Fruit dari seorang bos di syarikat ibu. Katanya jiran tanam lantas beliau memberi 4 biji kepada ibu.

Seingat ibu masa kecil sahaja pernah makan buah ini bila ia tumbuh di kebun arwah nenek. Tak pastilah di tanam atau tumbuh meliar.

Sumber - Wikipedia Bahasa Melayu

Pokok markisa
 atau buah susu merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Ia dikenali kerana buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).

Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.

Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.


Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.


Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirapkekroti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.



Uihh.... terliur nengok pulpa dia.
Rasanya manis tapi kat hujung ada sedikit masam.
Seingat ibu dulu makan lebih kepada rasa masam-masam manis.
Tapi buah ini rasa lebih kepada manis.

3 biji ibu makan seorang bila yang lain tidak berminat. Sekadar merasa sahaja.
Ibu makan macam tu sahaja dan ada yang makan dengan aiskrim.
Ya Allah.. nikmatnya.

Sebiji lagi ibu beri kepada officemate agar beliau dapat menyemainya.
Setakat ini apa sahaja tanaman yang beliau tanam menjadi dan sangat subur, itu yang ibu minta semaikan dahulu. Bila sudah bercambah menjadi anak pokok, bolehlah kami dapatkan anak pokok tersebut.

Harap adalah rezeki kami untuk makan buah markisa lagi.
 

No comments:

Post a Comment