Pages

Saturday, November 6, 2021

Jalan-jalan Selangor : Selangor Fruit Valley

Ayah plan untuk bawa ke beberapa tempat sebelum hantar kakak ke Poli. Destinasi pertama adalah Selangor Fruit Valley yang terletak di Bestari Jaya. Sebelum tu ambil Wafi di homestay Bandar Tasik Puteri. Abang Imi tak join sebab nak hiking esok hari.

Perjalanan dari BTP mengambil masa 30 minit. Kami sampai dalam jam 9.40 am macam tu.

Masa kami sampai tak ramai lagi. Penjaga parking pun ada dan memudahkan pergerakan.

Harga tiket masuk.

Pakailah wrist ticket ni di pergelangan tangan. Mereka dah siapkan numbering. Batch kami no 4. Adalah dalam 5 keluarga macam tu, dalam 20-25 orang.

Ada welcome drink untuk pengunjung. Ibu tak ambil sebab baru lepas minum di homestay.

Welcome fruits juga ada. Kami ambil 2 pinggan je. Sedap betul nangka madu tu.

Tram ni akan bawa ke pit stop pertama.
Itu adalah batch ke tiga.

Ketika menunggu tram seterusnya. Pihak pengurusan yang akan tetapkan kumpulan. Jadi tunggu sahaja mereka panggil untuk menaiki tram yang seterusnya. Sementara tu bolehlah makan buah-buahan tadi.

Wafi cakap kat kakak kenapa nak masuk koc yang last... dia takut koc tu menggelongsor. Adoiiii... Wafi... Wafi...

Ok... tram sudah bergerak.

Kiri dan kanan penuh dengan pokok buah-buahan seperti nangka, madu, jambu, rambutan, manggis, kelapa, ciku dan lain-lain.

1st pit stop.
Kat sini berhenti dalam 15 minit. Bolehlah jalan-jalan sekitar. 



Inilah aktiviti yang dijalankan.




Kat sini boleh ambil buah-buahan percuma. 1 tiket 1 pack buah-buahan. Kami ambil 2 pack sahaja.

Bila cukup masa driver tram akan panggil untuk naik tram ke destinasi seterusnya. Ini tram lain pula.

Taman Rusa

Boleh bagi makan roti pada rusa-rusa ni. Roti boleh dibeli dengan harga RM1. Ada beberapa keping.

Belakang tu ada rusa bintik-bintik.
5 minit kat sini dan naik tram yang sama.

Lalu ladang kelapa pula. Ada kelapa pandan dan kelapa gading.




Pit stop seterusnya Taman Arnab


Menyorok plak arnab ni.

Wafi nak bergambar dengan arnab tapi geli-geli juga. Petugas di situ yang akan letakkan.

Ada hamster juga.

Wafi pegang anak-anak arnab.

Cukup masa kami dibawa ke pit stop seterusnya.

Lalu ladang sayur-sayuran pula. Ada nampak ladang bendi, cekur manis, peria, keledek dan pelbagai lagi sayur-sayuran.

Kolam ternakan ikan tapi yang ini tidak singgah.

Nampak di signboard boleh memancing tetapi tidak dibuka kepada umum.

Kandang kambing.

Ada reban ayam dan itik juga. Kat sini agak berbau walaupun memakai mask. Cepat-cepat menuju tempat lain.

Di hadapan Rumah kampung.
Kat sini kami diberi masa 15 minit.

Kelapa pandan tersedap dan fresh.
Harga RM3 sahaja. Isi pun terbaik.

Sharing.

Gerai ni pun ada jual buah-buahan untuk rojak. Popcorn dan kerepek-kerepek. Harga pun affordable. RM3 sahaja.

Inilah batch kami. 
Kiranya di setiap pit stop hanya batch yang sama sahaja. Tidak akan bertemu dengan batch yang lain. Jadi keadaan sangat teratur dan tidak padat. 

Cuma tak adalah tour guide. Driver tram hanya bawa pengunjung ke destinasi yang ditetapkan.

Selesai lawatan jam 11.30 am. 
Anggaran trip adalah 1.15 - 1.30 jam

Highly recommended.
Bawalah anak-anak datang ke sini. Kenali tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan.

Seeloknya datanglah awal untuk mengelakkan masa menunggu.

No comments:

Post a Comment