Pages

Sunday, November 7, 2021

Jalan-jalan Bagan Datuk, Perak : Sunflower Garden

Plan untuk ke Sunflower Garden dibuat last minute sebab kami ingat nak lepak sahaja di bilik dan check out late. Bila bertanya dengan kaunter tak boleh sebab bilik dah penuh. Ia lah.. esokkan pendaftaran Poli, sudah pasti bilik telah ditempah awal.

Jam 12.30 pm kami check out bilik dan terus menuju ke Sunflower Garden yang terletak hampir 1 jam dari Sabak Bernam.

Laluan pejalan kaki dari parkir yang disediakan.

Kaunter tiket.

Pintu masuk.

Harga tiket. 
Mereka berikan juga sepeket makanan ikan bagi setiap tiket.
Wrist tiket perlu dipakai sebelum masuk.

Pokok-pokok ini belum berkembang.

Mungkin baru ditanam semula.

Disebabkan sampai jam 1.30 pm dan matahari terpacak atas kepala maka bunga-bunga yang ada pun sudah agak layu.
Dapat yang kembang baik camni kita ambillah gambar cepat-cepat.
Kalau nak datang lebih baik datang pagi.


Kiri kanan pokok matahari.

Tempat ini bukanlah macam ladang yang penuh dengan bunga matahari. Hanya beberapa baris sahaja pokok matahari. Yang lain ada ditanam pokok bunga lain dan sebahagian kawasan adalah kolam ikan.



Ada beberapa tempat yang instagrammable.
Queue sahaja untuk mengambil giliran bergambar.






Colourful.
Dalam gambar tak cantik sangat sebab kurang jelas.

Wafi bagi ikan makan.
Mula-mula bagi sikit-sikit.. lama-lama tuang je lah.. panas ni.. tak larat nak tunggu.

Kalau pandai ambil gambar mungkin nampak pokok-pokok banyak dan merimbun.
Kami snap sahaja sebab silau tak nampak dalam hp. Hasilnya apa sahaja lah hahahha.. 

Kalau nak redup bagi makan ikan di sini sahaja.
Tapi kalau dah semua berkerumun di situ bahaya juga.

Kami pun tak lama di situ. 
Jam 2.15 pm sudah bergerak keluar. sebelum tu tapau air kelapa, cendul dan jus oren bagi menghilangkan dahaga dan menyejukkan diir dari cuaca yang panas.

Ingat nak singgah ke Aquarium berdekatan dengan sunflower garden ni. Memandangkan nak kena parking semula dan berjalan di tengah panas, kami melupakan hasrat tersebut. Wafi pun dah pernah ke Aquaria, jadi tidaklah ralat untuk melupakan Aquarium di sini.

Ok... destinasi seterusnya.
 

No comments:

Post a Comment