Pages

Saturday, April 13, 2024

Hantar Wafi Balik Asrama

Tadi keluar dari rumah Tokwan jam 12.30 pm. Keluar awal sebab nak cari barang Wafi dulu. Itupun jenuh juga nak set time sebab ada homework nak kena siapkan. Dah pesan dari awal cuti siapkan awal, Wafi kata sempat siap. Ada yang sudah siap sebelum cuti, ada yang last minit nak kena revise.  Ada yang cikgu belum suruh hantar, send dulu kat Telegram ibu. Wafi kata nak kena layan handphone dulu puas² sebab nanti tak boleh tengok dah bila masuk asrama.
Aduhhhh.. sabar je lah.
Budak² laaa ni.. HP tak boleh dipisahkan😬

Tapi ibu tak boleh berkeras sebab ada kerja² sekolah perlukan HP dan laptop. Macam tadi kena dubbing suara lepastu masuk dalam assignment canva. Entahlaa... ibu pun tak reti macamana budak² sekarang buat assignment. Nampak canggih sangat hasilnya bila dah siap.

Ambil kesempatan tidur dalam kereta. Bila tengok Wafi tidur camni kesian lah pula.. mengenangkan bila dah masuk sekolah banyak aktiviti dan tidur pun hanya beberapa jam. 

Bila balik rumah qada' tidur macam sudah tiada hari esok🤪
Abang kakak pun tak berani kejutkan sebab kasihan.

Singgah dulu Hasani Bookstore di Sungai Petani.
Beli few stationeries.

Dapatlah beli buku rujukan Komsas edisi Utara.

Ibu dapati harga di Hasani Bookstore ni jauh lebih murah berbanding MPH.
Contoh Classwiz calculator sini RM88 tapi di MPH RM99
Caligraphy pen RM17 manakala di MPH RM25

Lepasni boleh beli kat sini je, tak pasti pula ada kad membership atau tidak. Lainkali boleh check.

Lepas beli barang di Hasani Bookstore kami makan di Restoren Taulat. Solat di situ juga sebelum singgah MrDiy untuk beli berus gigi dan plastic drawer. Tertinggal pula yang ada di rumah.

Masuk pagar sekolah jam 4 pm seperti yang Wafi kehendaki. Tak adalah terlalu awal atau lewat. Sempat Wafi kemas locker nanti.


Dah angkut barang naik asrama turun semula nak sejuk².
Kat luar hari ni 43⁰c.
Terasa bahang betul.

Wafi pesan malam ni tak call.
Lepasni pun akan jarang call sebab akan sibuk.
Its ok dear, no news is a good news😘

Turun semula sebab nak hantar botol air dan novel yang taknak guna.

Bye sayang, nanti kita jumpa lagi.

Ibu spesis mak² oldskul... pakai tudung sarung je sebab lupa bawak tudung bawal🤣🤣

 

2 comments:

  1. Yeay Wafi dah sampai sekolah...lepas ni sibuk semula la kan...belajar sungguh2 ok..

    ReplyDelete
  2. saya pun ada rasa kesian,rasa macam anak tu kecik lagi tapi dah kena berdikari..pdhal kita dulu pun sama umur 13 duduk asrama jgk huhu

    ReplyDelete