Pages

Saturday, April 6, 2024

Hadiah Top Komentar Mac 2022 - Januari 2024 Amie's Little Kitchen

Ibu terima SMS dari GDEX pada pagi 22/3/24 tapi masa just ignore je sebab rasa tak beli apa. Esoknya Cik Rasul whatsap dalam grup Lot 4028 yang parcel ada kat kedai. 

Owhhh... rupanya hadiah untuk Top Komentar Mac 2022 - Jan 2024 Amie's Little Kitchen.
Allahu.. ibu pun hampir lupa walau Cikgu Amie ada mention akan post out hadiah kepada para penerima.
Dah buka pun hadiah tapi belum sempat tulis dalam blog dan notify Cikgu Amie.
Aduhhh.. teruknya lah ibu ni. 

Belum buka hadiah sudah terhidu bau yang sangat sedap dan wangi.

Inilah hadiah yang sangaatttttt best ibu terima berupa :-
  • Kaftan (bauan yang wangi datang dari kaftan)
  • Purse dari Sarajevo, Bosnia|Herzegovina
  • Fridge magnet dari Orhid, Macedonia
  • Key-chain dari Bosnia|Herzegovina
  • Turkish Baklava
Tengok FM ni teringin pulak nak ke negara Balkan.
Any takers? πŸ˜†πŸ˜†

Pertama kali makan baklava yang agak moist macam ni.
Biasanya kering sahaja.

Ini kali ketiga ibu dapat hadiah dari Amie's Little Kitchen.
Sebelum ini :-

Terima kasih Cikgu Amie yang selalu share rezeki beliau apabila mengirimkan cenderahati dari tempat-tempat yang dilawati kepada pembaca blog Amie's Little Kitchen.
Semoga cikgu terus diberi kesihatan yang baik untuk mengembara dan diperluaskan rezeki.

 

4 comments:

  1. Aahhhh best nyaa 😍😍. Memang hadiah kak Amie selalu menarik dan bagus2 πŸ‘☺️. Apalagi mostly oleh2 dari mancanegara yang baru didatangi kan.

    ReplyDelete
  2. SA pun dah dapat dah kiriman dari Kak Amie...

    ReplyDelete