Pages

Friday, April 5, 2024

Staycation & Buffet Ramadhan Di Hotel UiTM Shah Alam

Syukur sangat malam ni dapat berehat-rehat bersama family. Malam ni ibu nak ambil peluang untuk update blog yang agak sendu kebelakangan ini. Rasa seronok bila tulis blog guna laptop. Biasa kalau nak cepat ibu update guna handphone tapi kepuasannya kurang. Malam ni kita stay dan berbuka puasa di Hotel UiTM setelah anak-anak balik ke rumah. Kak Widad sampai hari Rabu, manakala Wafi dan Abang Imi sampai pada hari semalam, Khamis.

Dapatlah ibu recharge energy dan minda setelah kehidupan kerja sangat hectic dari awal bulan Mac 2024 sehingga petang tadi sebelum punch out. Saban tahun bila year end closing diikuti pula dengan audit memang menyesakkan. Tambahan pula di bulan puasa. Malam terasa pendek. Badan pun perlu rehat.

Company ibu shut down bermula 6/4/2024 - 14/4/2024
Yeayyyy... 
Balik ofis kena sambung closing account bulan Mac pula.
Nanti-nanti lah fikir huhu😜😜

Tahun ni ayah ambil pakej yang sama seperti tahun lepas cuma harga sudah naik kepada RM495 untuk Family Room 4 orang termasuk Iftar & Sahur.
Tahun lepas di sini.

Bilik pun sama jenis dengan tahun lepas cuma kami dapat bilik yang berbeza.
Seperti biasa, walau hotel lama tapi segala amenities lengkap.

Alhamdulillah dapat berkumpul. 
Hampir ke penghujung Ramadhan baru dapat berbuka satu family.



Makan share-share nanti kurang ambik lagi.
Tahun ni Wafi dah tak merajuk bila abang Imi amik macam-macam.

Ibu hanya ambil air suam sahaja seperti kebiasaannya. Kalau buka di rumah nenek ibu weekend yang panas di siang hari, ibu akan curi minum 😁 seteguk air buah Cik Cha je. Ini pun ada batuk-batuk sikit bila minum air ais. Ibu kerja di ofis jadi kurang lah rasa haus dan kepanasan sebab sampai rumah pun sudah lewat petang.

Teracun dengan Bami kata nasi ayam sedap.
Ehhh.. memang sedaplah, lembut dan rasa lemak wangi.
2 kali makan pisang dan keledek goreng. Keladi goreng paling sedap.
Cicah pula dengan sambal kicap.
Hahaha.. kat hotel pun cari keladi goreng πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Pelbagai jenis makanan tapi perut tak mampu.
ehhh... laksa pun sedap.

Tenang-tenang je malam ni walau ada live performance.
Majoriti pengunjung dalam dewan ni menggunakan bahasa isyarat. 

Malam ni ibu tengok Wafi berselera makan.

Laluan ke dewan besar, meriah dengan lampu lip lap.

Entah apa yang dibualkan budak berdua ni.
Masa ni tunggu ayah check-in dulu.
Jam 7.05 pm baru kita turun ke dewan.

Makanan sahur pagi ni.
  • Koayteow sup
  • Nasi goreng kampung
  • Nasi goreng ikan masin
  • Nasi goreng cili api (take away)
Kami bertiga je turun ke kafe.

Antara menu sahur yang disediakan.
List ni perlu diserahkan di kaunter bagi memudahkan tukang masak membuat persediaan.

Sahur disediakan dari jam 12 - 4.30 am
Pilihlah slot mana nanti dapat makanan panas².
Air free flow. 
Seronok plak minum nescafe panas pagi².
Pertama kali minum air panas masa sahur sebab kebiasaannya ibu minum fresh milk dan air kosong sahaja semasa sahur.




 

2 comments:

  1. Best kalo bisa dapat family room. Saya pun skr ini kalo book hotel sebisa mungkin pesan family Krn anak2' dah besar. Susah nak sharing bed kan. Kalo tak ada family room baru pesan 2 kamar.

    Lengkap berkumpul ya kak πŸ‘. Ya laah, mumpung sedang bersama, bisa staycation sambil liburan.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya...SA blom ada experienced sahur kat hotel...berbuka tu selalu la..nak amik jugak la nanti package macam ni...sesekali mesti seronok kan..

    ReplyDelete