4 jam dalam ETS bukannya boleh tidur sangat... lelap.sekejap². Penumpang depan sembang macam reunion. Yang belakang pasang video macam dia tak tau earphone ada dijual. Satu coach boleh dengar dia pasang lagu hindustan dan apa2 videolah.
Yang 'bagusnya' nya dia turun kat Tasek Gelugor, satu stesen je sebelum Sungai Petani😬😬
Sampai 3.03 am, check-in Hotel Seri Malaysia depan stesen KTM. Mata dah rabak. Landing atas katil bukan boleh auto tidur walau mengantuk sangat.Hotel semalam RM160 termasuk breakfast 2 orang. Kami check-in lewat, bayar RM150 sahaja.
Jam 8 am turun breakfast.
Main dish Nasi Goreng Kampung, sedap... kena dengan tekak kami berdua.
Check out hotel jam 10.45 am tapi kami tinggalkan beg kat receptionist dulu. Ambil grab ke sekolah, 7 minit je jarak.
Selagi anak masih bersekolah, inilah rutin nya. Kita bagi support 100%.
Ni kalau taknak belajar, rotan je😆
Disebabkan tak jumpa guru² subjek, jadi Wafi bawa hadiah ni ke bilik guru. Letak atas meja tapi dah siap² tulis nama dan kelas Wafi. Hari Guru ibu tak sempat postkan hadiah, jadi bawa masa konferensi.
Ibu bawakan Coklat Tiramisu Beryls dan pewangi dari Lovely Lace. Cari yang mudah dibawa sebab pergi pun naik ETS je. Kat sekolah baru masukkan dalam paper bag.
Jadual asal, konferensi bersama guru² subjek. Sampai dewan baru nampak ditukar kepada perjumpaan bersama guru kelas.
Guru kelas Wafi ajar Bahasa Jepun tapi Wafi belajar Bahasa German. Acaner tu 😅. Memang tak jumpalah dalam kelas.
Disebabkan tak jumpa guru² subjek, jadi Wafi bawa hadiah ni ke bilik guru. Letak atas meja tapi dah siap² tulis nama dan kelas Wafi. Hari Guru ibu tak sempat postkan hadiah, jadi bawa masa konferensi.
Mostly Guru² subjek Form 4 sama mengajar Form 5 juga. Jadi mereka terlibat dengan konferensi Form 5.
Ibu bawakan Coklat Tiramisu Beryls dan pewangi dari Lovely Lace. Cari yang mudah dibawa sebab pergi pun naik ETS je. Kat sekolah baru masukkan dalam paper bag.
Subjek ada 10 jadi ibu belikan 10 set. Wafi lupa pulak pasal Cikgu Kelas. Masa jumpa Sinsei Asmahani memang ada bagi kat beliau, jadi kurang satu. Nanti Wafi balik ibu kirimkan untuk cikgu Math.
Lepas makan tumpang solat kat surau hotel sebelum gerak ke KTM.
Minggu ni Pulang Bermalam pilihan. Tapi kalau dah namanya Wafi, mana ada nak stay.kat asrama. Ayoohh lah ibu angkut bawa balik.
Sabtu nanti balik sendiri dengan kawan².
Gitulah cerita hari ni sambil update blog dalam ETS. Rasa malam ni lena tidur ibu, home sweet home😁













No comments:
Post a Comment