Drive dari Besut jam 7 pagi dan sampai Ipoh lebih kurang jam 2 pm. Laluan Persekutuan melalui Jertih, Machang, Gua Musang, dan Simpang Pulai ke Ipoh.
Check in Golden Roof Hotel dulu baru lah ke Lost World of Tambun.
Tiket masuk RM99 seorang.
Lagi satu game yang mereka suka beberapa kali lah masuk.
Gambar tak banyak sebab mereka dok sibuk main dalam theme park.
Menarik juga tempat ni, nanti lainkali boleh pergi sekeluarga. Biar anak bertiga main, ibu ayah nak relax je 😆
Sesuai untuk anak-anak tapi pasti ada had ketinggian dan umur sebelum boleh naik.
The Lost World Hot Springs & Night Park in Ipoh offers a relaxing evening experience featuring natural mineral hot springs, a luminous fantasy forest, and night animal attractions. It operates daily from 6:00 PM to 11:00 PM
Malam tu hujan pulak jadi tak dapatlah masuk Hot Springs & Night Park.
Malam semua pengsan.. maklumlah perjalanan dari Besut pun dah setengah hari. Setengah hari lagi main kat theme park.
Esok paginya terus check-out dan jalan-jalan sekitar Ipoh.
Lapang je Concubine Lane.. cuba hari cuti... berlaga-laga bahu dibuatnya.
Petang Khamis jam 7 pm sampai lah semula ke rumah sewa. Berani dah Kawi drive jauh. Sebenarnya dia ok je drive tapi ibu yang terlebih risau 🤗
Ritu masa kat KT sampai Kuantan Kawi drive, sambung pula esoknya drive dari Kuantan ke Klang. Tapi jalan LPT1 tu clear sebab hari Isnin. Kalau PLUS ke utara ibu seram. Kenderaan lebih banyak, dengan lori dan bas huhu



















No comments:
Post a Comment