Pagi ni ibu park kereta di area Jaya Grocer selepas masukkan baju² terpakai dalam tong recycle. Nampak bangunan baru Kopitiam Hock Kee baru dibuka. Lepas briskwalk singgah sini.
Menu yang ibu order
- Telur ½ masak
- Hor Ka Sai (Kopi+Milo)
- Kaya Butter Toast
Banyak menu kat sini tapi ibu tak berhasrat untuk makan berat.
Pelbagai jenis kopi di rak tepi.
Egg Tart pun banyak jenis tapi ibu tahan diri.. lain kali boleh datang lagi. Buat masa ini pasti ramai pelanggan kopitiam ni sebab baru 15 hari dibuka.
Masa pusingan kedua ada pulak geng² Funrun dari LGB Group.. penuhlah trek. Tapi mereka berlari opposite direction.
Balik rumah terus kemas², sapu dan mop lantai terutama ruang tamu yang jarang diduduki. Sesekali je ayah lepak situ.
Malam tadi sebelum tidur ibu dah siap iron baju dan mop lantai dapur.
Sekarang ibu dah relax... ingat nak buat kerja ofis sikit. Netflix takde pulak citer yang menambat hati. Tengahari tak berhasrat untuk masak sebab jam 3 nanti ada lunch date dengan nenek dan Cik Fatin. Ayah dari semalam sampai UUM ada Homecoming Rugby. Bami pulak nak keluar dengan kawan², malam nak tengok konsert Peter Pan.
Dah ibu tinggal sorang².. lebih baik ibu cari mangsa untuk teman makan kat luarš






best2 menu kopitiam..
ReplyDeleteSuka breakfast kedai kopitiam gini.
ReplyDelete