Pages

Monday, September 28, 2026

Majlis Makan Malam Rumah Laksamana


Majlis makan malam rumah Laksamana (Biru) diadakan pada hari Jumaat 25/9/2026 bertemakan World Culture.

Table setting hasil kerja anak-anak.

Mereka memilih western food seperti Chicken chop, spagheti carbonara dan aiskrim dan disediakan oleh Dewan Makan.
Manakala parents menyumbang pizza, satay, kek, jelly cup, roti jala, cheesetart, choco jar crispy dan air biru.

Tahun ni setiap rumah dapat mafla. 

Antara mommies yang super awesome.
Merekalah yang sama-sama rancang, communicate dengan pihak sekolah/anak-anak, buat kutipan sumbangan dan datang pada hari kejadian untuk sama-sama bantu.

Mami Jehan  lah yang lead.. cepat betul kerjanya. Anak mami Jehan, Adam baru F3.
Ibu kerap jumpa di Stesen KTM Sungai Buloh. 
Salute betul pada mami Jehan ni... walaupun duduk jauh tapi macam sekolah tu sebelah rumah je. Komited betul dengan aktiviti anak.

Wafi bagitau baju tu Auliya tolong pakaikan.
Susah juga kalau pakai seorang lagi-lagi ini pertama kali pakai sendiri.

Wafi, Alya, Wafa dan Ika.

Nampak baju mereka bertiga macam Chinese style.


Anak-anak Form 4 rumah Laksamana.

Kalau semua batch penuh ahli rumah Laksamana seramai 150 orang.
Tengok gambar yang lain betul-betul all out anak-anak.
Ada yang pakai baju dari Korea, China, Arab, Mongolia, India dan sebagainya.



Mami Jehan sebelah kanan Wafi.

Ada satu parents ni sponsor photo booth.
Jadi anak-anak bolehlah bergambar secara percuma.



Alya, Wafa, Wafi dan Pipah.

Sakanlah BFF ni.. gang Kriket.


Wafi pakai baju yang ada di rumah. Kimono kakak dia.. lama dah beli baju ni 7 tahun lepas beli kat bundle Japan. Masa tu kami nak join Bon Odori 2019.

Ni haaa Kimono pertama kali ibu pakaikan mereka.
Google cara nak pakai... entah betul ke idak huhu..
Sandal/terompah tu ada lagi tapi Wafi tak bawa.. susah pula nak pakai.. karang terpelecok pula.

Wafi yang ghemol 😍😍
 

No comments:

Post a Comment