Masa diploma intern dia Work From Home dan rasanya 1-2 kali je pergi office atau seminar. Ni bila kena masuk office dia excited sikit.
Jam 5.30 pagi sudah bersiap².
Jam 6.40 pagi tayar golek.
Office hour jam 8.30 pagi.
Semalam jam 7.30 sudah sampai.
Tempat intern tu 16km je tapi laluan untuk ke MRT jadi kenderaan banyak.
Kat tempat intern jumpa student (perempuan) Unisza kampus Gong Badak juga intern sama. Tapi kawan tu ditempatkan di Jabatan Undang² sebab dia ambil Jurusan Hubungan Antarabangsa.
Seorang lagi student (lelaki) UUM sama jabatan IT cuma ditempatkan di wing yang berbeza.
Balik jam 5.30 pm tapi sampai rumah dekat 6.45 pm. Memang lah Persiaran Mokhtar Dahari tu jammed bila waktu puncak. Bertabahlah Kawi... itu lah dugaan orang bekerja.
Kawi beritahu parking free untuk staff sahaja, student intern kena bayar, RM13. Mahal lah tu. Hari ni Kawi ke tempat parking free area kedai² tapi kena datang awal. Ibu pun tak sure under majlis mana. Harap bukan MBSA😅
.jpg)

Selamat intern Kak Widad. Jenuh tu nak menghadap jem pergi balik. Salah satu cabarannya. Tapi parkir rate tu mahal betul ek. Kena minta diskaun tu untuk dak intern. Kalau dapat elaun banyak takpelah jugak kan.
ReplyDeleteSelamat menjalani intern. Mahalnya parking jenuh la hari2 nak kena bayar.
ReplyDelete