Pages

Friday, June 10, 2011

Mari berdoa

muka stone jerr
Malam tadi Kak Widad ajar Wafi baca doa.
Ajar sekali tadah tangan...
Surprisingly, sekali ajar jer Wafi dah ikut.
Pantang orang cakap "Wafi, doa".
Terus jer dia tadah tangan.
Lama plak tu.
Kitorang plak yang penat dok baca doa makan kat dia.
Last2 baca Bismillahirrohmanirrohim....amin..
Kalau tak, penat nengok dia dok tadah tangan. 
Dah tu muka blurrr jerr.. sebab ngantuk makan ubat hehe..
panjangnyerr doa mokcik nih
Pagi ni bila sampai school bagitau ummi pasal Wafi angkat tangan doa.
Ummi cakap kat school dah ajar dah..
Ooooooo... patutlah cekap jerr Wafi ni.
Kat school kan bila nak makan doa sama2..
Apalah.... ibu ni!
Syukur... Wafi cepat belajar kat school.
Tu lahhh... antara early child education.. :-)

Food court yang ntah apa2.

Hari tu lepas kitorang tengok movie kat TGV Bukit Raja & perut pun dah lapar, apalagi cari laa makan..
Hari tu decide makan kat food court JJ.
Pusing, tawaf 2-3 kali tapi nak makan apa pun tak tau.
Aleh2 ayah makan bihun, adik mee kicap (sizzling mee), bami nasi shicken chop & ibu nasi daging petai.
Tapi rasanya.... adehhhh..... ermmm.... nak bagi kenyang perut lerr...
rasa entah apa2 ntah...
Mahal.. tapi rasa TAK SEDAP.
Satu lagi... yg operate stall kebanyakkannya warga asing eee......geli den.
Banned dah...sorry...
Better makan kat fast food.. yang pasti rasa tetap menten..tak pun cari restoren lain jerr.

Thursday, June 9, 2011

Kena buli

Rahimi & Widad ni kadang2 menggeramkan.
Suka nau buli adik dia.
Yang si adik ni plak kadang2 kalau dibuli lagi dia suka.
Bila marah hahh.. mulalah mengadu kat ibu..
cot cet cot cet mulut dia ngadu..
Tengok muka dia kat sebelah ni sengih2...
Senyum2 simpul.. pastu ketawa nampak gigi jarang dia..


Lagi satu.. si abang suka geletek..
Bila tengah menyusu kena geletak dah.... tak fokus
Mula lah menyembur2 susu tu.. ishhhhhh gheghammm

Tuesday, June 7, 2011

Cuti lagi!!!!

Yeayyyy esok cuti lagi!
Cuti sekolah kan... ada laaa alasan nak berjimba2 ngan anak2.
Cadangnyer nak tengok ini ....
Mungkin tengok kat TGV Bukit Raja.
Anak kecik takyah bawak lah yerrr... sebab anak kecik kena belajar hehehe..
Tunggu anak kecik besar sket hokeh...
Ni kalau anak kecik dah pandai baca mesti dia marah

Pam Manual vs Pam Elektrik

1st pam yang ibu beli manual brand Halford rege RM79.90 jer
2nd pam beli preloved Spectra S3 + extra breast shield + pump in pal rege RM280
Hasil dari sesi mengepam ni Alhamdulillah lebih kurang sama jerrr..
Yer lahhhh dari sumber yang sama kan hehehe..
Guna pam letrik ni tak lerr lenguh tangan.
Cumanya production tu akan berkurang bila ibu kurang minum air kosong..tak pun dalam keadaan yang agak stress ketika pumping session.
Sangat kagum dengan ibu2 yang dapat hasilkan berdozen2 stok.. pehtu simpan dalam DF.

Ni guna pam manual dapatlah sekali pam dua2 belah dlm 5oz

Yang ni plak dapat 4oz bila pertama kali pam guna pam elektrik.

Walau berapa oz yang ibu dapat, Alhamdulillah, Wafi masih dapat minum susu ibu.

Monday, June 6, 2011

Cuti di Tapah Hari Kedua - Ipoh

Dalam perancangan hari sabtu nak ke Ipoh.
Ingat nak jalan2 sekitar bandar Ipoh jerr.
Tengok kat newspaper ada plak Karnival Upin & Ipin.
Apa lagi..... bersemangat lerr budak2 ni.
Kami bertolak dalam pukul 9.30 pagi.
Kak Nong, Abg Nuar, Izzatun & Isyraf ke Bangi nak lawat nenek Wok.
Abang Mamat, Imran & Izzat ikut kami.
Sampai2 sedang elok sangat sebab ada perarakan Upin & Ipin.
Baru sampai, ni kat belakang Stadium
Indera Mulia, Ipoh
Pancaragam sekolah yang menang peringkat kebangsaan
Geng2 Upin & Ipin






Pancaragam TUDM
 Yang ditunggu2...
Upin & Ipin & kawan2
 ni kalau Aqil tengok.... haiiiiiii maunyerrr dia terkam...
Susanti

Mei Mei

Mail, Ehsan & Jarjit

Wafi yang sangat sporting, Kak Widad yg suka merajuk

Perasmian Karnival oleh MB Perak




Lapar dah....
Kami gerak dalam pukul 3.30 petang.
Makan dulu kat Gerai Greenwood berdepan ngan Greenwood Mall.
Lepas solat zuhur, kami ke Taman D.R.
Imi & the geng naik basikal.



Semua happy.
Sampai rumah pukul 6.30 pm.

Cuti di Tapah Hari Pertama - Kuala Woh

Ni gambar2 kat Kuala Woh.
Perjalanan dalam 10-15 minit jer dari rumah Abang Mamat.
Main2 dalam 2 jam..
Sebab kami gi sana hari Jumaat crowd tak ramai.. jadi air bersih jerr..
Memang best hari yg kami pilih..
Anak2 pun dapat mandi dengan puas.
air yang bersih





 
wafi mandi kaki jerr.. sejukkkk...tapi dia tak puas sbb
orang lain bergumbira tapi wafi dok kat ibu jer..
merajuk tak dapat mandi
izzatun & isyraf wat istana pasir
isyraf yang tengah merajuk ngan kak widad
ummi... mahasitua hehehe