Pages

Saturday, September 29, 2018

Aqiqah Ali

2018
Lamanya dalam draft...
dah 3 tahun pun Ali ni.

Hari ni rewang rumah nenek. Aqiqah baby Ali.
Kawi tak join sebab ada discussion di PPAS. Assignment Perniagaan tak siap2 lagi. Ayah pula ada konvo di UIA.

Wafi lah kesian.. jumaat petang kaki terseliuh. Jatuh masa di sekolah. Pincang lah jalan. Dapat urut malam tadi. Hope cepat baik.

Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar. Marhaban 3 kumpulan bergabung. 11.30 am baru habis.

Lauk pauk pun cepat siap masaknya. Ada yang dah setel malam tadi. Kambing masak palembang dan sambal taun. Bahan2 untuk masak juga dah disiapkan. Pagi masak lemak nangka muda, ayam goreng berempah, kerabu mangga, keluban dan beberapa juadah lain.

Ibu order popiah sira, nona manis dan talam ubi. Nenek pula buat lemper dan abuk2 roti.

Semua hidangan sedap2 belaka.

Next.... tunggu aqiqah sapa ya πŸ˜€

Thursday, September 20, 2018

Apam Balik

Balik ofis gigih singgah kedai cari bahan nak buat apam balik. Musim2 hujan ni perut nak makan yang panas2 je.. nampak resepi di grup MAHN semua nak cuba. Jom try resepi apam balik mudah dan sedap.

Apam Balik

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan air
3. 1/4 gula pasir
4. 1 sk baking powder
5. 1 sk soda bikarbonat
6. 1 biji telur
7. 1/2 sk garam

Filling
1. Kacang tanah kisar
2. Krim jagung
3. Margerin
4. Gula pasir

Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas dalam mangkuk. Kacau rata menggunakan whisk.
2. Panaskan kuali non stick.. api sederhana atau yang sesuai (kena try n error).
3. Masukkan 2 senduk dan ratakan.
4. Taburkan gula ikut kemanisan (lebih kurang 1 sb)
5. Tunggu sekejap... taburkan kacang tanah, masukkan krim jagung dan margerin.. bahan2 ni letak lah ikut suka tapi jangan lah padat sangat...
6. Ibu letak krim jagung tu separuh bahagian je sebab kalau banyak sangat akan melimpah.
7. Belek sikit bahagian bawah... bila dah perang boleh lipat dan angkat.

Nota : kuali tak perlu lenser dengan margerin. Kalau suka tebal boleh tambah adunan atas kuali begitu juga sebaliknya. Adunan juga tidak perlu diperap.

 Bila dah potong jadi macam ni.

Mungkin cubaan pertama dan terakhir. Resepi mudah dan rasa sedap tapi nak membuatnya agak tak berapa rajin πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Monday, September 17, 2018

Rombongan Cik Kiah ke Terminal Bas Sani Express

Bunyinya agak kelakar... ke bas stand pun nak beramai2. 
Tujuannya nak hantar nenek, Cik Fatin dan Alya yang akan menaiki bas ke Kuala Perlis. Selepas itu mereka akan ke Langkawi.

 Berkumpul di rumah nenek.

 3 keluarga.. Cik Fatin malu... ramai2 macam hantar rombongan pergi haji😁😁😁 nasiblah Cik Fatin dapat kakak2 yang hoverπŸ˜‚
 3H2M je pun.. tapi macam nak gi sebulan😁

 Ramai plak teringin naik. Driver bas sporting.. layan kan je budak2 ni.

 Kalau boleh nak ikut sekali.

 Selepas tu rombongan ke sini pula.

 Makan ais krim je pun.

Budak tak nak kongsi.
Layankan je😁

Sunday, September 16, 2018

Tetamu dari Kulim

Pagi tadi ayah khabarkan yang maksu Syafiq & maksu Fatin akan singgah di rumah. Mereka akan ke Bangi sebelum ke Cyberjaya pula untuk urusan kerja.

Lunch di rumah nenek kena postpone pula tapi yang lain akan makan di sana.

 Juadah yang ringkas je.. siakap goreng, tempe goreng berempah, udang sambal, lemak bayam dan labu juga sambal belacan.

Mereka bertolak jam 1 lebih, sampai jam 5 lebih. Dah kosongkan perut siap2.. adeh.. sian jalan jauh.

Sampai2 makan terus. Luntea kot 🀣🀣🀣
Alhamdulillah... seronok mereka makan dengan berselera.. ayah je temankan.. sebab ibu dah makan.

Di rumah ada Widad je.. abang Mi ke SCM dan Wafi ayah dah hantar ke rumah nenek.
Semua tak nak makan. Aduhai anak.

Wafi taknak makan dengan alasan ibu masak tak sedap sebab ibu bukan chefπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Ada je alasan kalau taknak makan.. sebab jam 11 tu dia dah makan mi goreng sedap.

Terima kasih paksu n maksu sudi singgah rumah kami. Lainkali datang lagi eh... tidur sini pulak.

Selepas maghrib mereka ke destinasi seterusnya.

Saturday, September 15, 2018

Family Mart, Setia Alam

 Franchise ni dah 2 tahun rasanya di Setia Alam. Cik Fatin pernah bagitau tapi tak ambik port pun. Ni yang ayah dok teringin nak pergi sebab ada orang share di youtube.

Dalam tu ada barang keperluan harian seperti makanan, minuman, barang penjagaan diri. Mostly dari Jepun.
Ada sushi dan makanan yang seangkatan dengannya sebab nak sebut pun tak reti haha..

Aiskrim honey dew.. RM3
Diorang kata sedap sebab aiskrim2 ni takde lah favor sangat.

 Ni yang ramai orang beratur.. Oden. Sejenis tomyam yang sedap. Kuah secukup rasa. Basic boleh pilih fish ball, fish cake dan sebagainya dengan harga RM2.80. Kemudian bolehlah add on dengan yang lain macam crab stick, fish ball, fish cake dsb dengan harga RM1.70/pc

Yang kami ambik tu RM15, makan ramai2.
Terbaik lah.. boleh repeat.

Wafi makan aiskrim green tea... adeh... tak gamak ibu nak makan. Rasa sikit je.

 Muka puas hati.

Lepas tu baru dinner. Sekali dengan Bami yang baru kami jemput di Terminal Bas Shah Alam. Cuti seminggu sempena mid sem.

Friday, September 14, 2018

Hazrel Nut

Tetiba teringin minum kopi.
Hazel nut
RM1.30 dari vending machine di ofis
Memang terbaekkkkk

Cucur Kembung Manis


Cucur Kembung Manis
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 2 SB gula
3. 2 SB susu pekat
4. 1 SK yis mauripan
5. 1/4 SK garam
6. Air (agak2 1/2 cawan)

Cara-cara
Ini versi yang senang... campurkan semua bahan di atas. Air tu bubuh sikit2. Air sebenarnya agak2 je bagi adunan sebati.. ala2 nak buat cekodok tu la.

Peram dalam sejam.
Goreng hingga perang.. minyak lebih sikit sebab adunan ni akan bergolek2 haha..

Boleh lah dihidang... makan macam tu sahaja pun dah sedap.
Nak cicah dengan sambal atau sos pun boleh.