Pages

Sunday, January 22, 2023

Menyantuni Toklang di Rekresi Tupah

Alhamdulillah dapat Wafi dan Kawi berjumpa Toklang mereka di Tupah. Toklan menjalankan perniagaan kecil-kecilan di situ.

Rekreasi Tupah ni merupakan salah satu air sungai yang banyak di Negeri Kedah.

Dapatlah Wafi rendam kaki. Wafi taknak mandi sungai sebab leceh nak salin nanti.

Orang tak adalah ramai sangat.

Air jernih.


Kawasan ni cetek je dan arus air pun slow mo je ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Sempatlah pawww ayah aiskrim roti tu.

Redup je kawasan ni sementelah baru lepas hujan renyai.


The girls๐Ÿฅฐ


Jumpa lagi ya Toklang.

Toklang perempuan adik bongsu arwah maktok. Sekarang sedang menjalani Peritoneal Dialyis (PD). Semoga toklang sentiasa sihat.

Balik dari Tupah singgah pula gerai di simpang jalan Singkir. Nak kena cari bihun sup juga.

Bihun sup utara ni memang kena makan kat Kedah. Tempat lain tak akan sama.
Rasa lama sangat tak makan.
Ambil semangkuk tapi extra daging.

Puashati.

Ayah order cucur udang panas makan dengan sambal kacang.
Satisfied!

Dua hari balik kampung makan tak berhenti.
Double chin ibu pun bertambah kelihatan๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Takde hal takde hal... bukan selalu balik kampung kan..  ni lah masanya nak food hunting.

Harap balik Klang boleh kurus ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ
 

Jalan-jalan Tanjung Dawai

Hari kedua balik kampung, Makngah Shila dah plan untuk bermalam di homestay area Sungai Petani (SP). Jam 9 am selepas sarapan kita dah keluar rumah untuk jalan-jalan sekitar Sungai Petani dulu. Selepas itu ke Taman Rekreasi Tupah untuk menyantuni Toklang di sana.

1st stop kita berhenti tepi jalan je sebab nak ambil gambar Jam Besar di tengah pekan SP. Kawasan ni dipanggi Dataran Zero Kilometer Sungai Petani.

Dalam perjalanan singgah di Pekan Bedong.

Ayah teringin makan mi goreng mamak.

Beli satu je sebab yang lain masih kenyang. Ibu rasa sikit... sedap!
Terasa smoke dia sebab dimasak dengan arang.

Sebelah gerai mi goreng ada jual cendol.
Kita tapau 2 ikat tepi.

Ini pun lulus di tekak kami.
Kakak Widad yang paling suka.
Sebungkus tu berharga RM2.50

Perjalanan diteruskan ke Tanjung Dawai sebab kami nak lunch di sana.
Kira early lunchlah sebab by the time kita sampai baru jam 11.40 am tapi orang pun sudah ramai memenuhi gerai makan.

Sempatlah ibu ambil gambar makanan.

Segala jenis sambal, air asam dan ulam-ulaman.

Pelbagai jenis kerabu.

Kerabu lagi dan ikan goreng.

Sebahagian dari masakan sayur.

Ikan bakar, udang bakar dan sotong bakar

Udang, sotong dan ayam goreng.

Akhirnya ibu pilih seekor jenahak bakar, 2 ekor sotong goreng, 2 jenis sayur, telur dadar dan telur masin. Total RM72. Ayah je makan nasi, kami ratah lauk dan sayur je.
Fresh ikan jenahak bakar tu.. cuma harga dia ibu rasa kayangan ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…, RM48.
Mungkin memang begitu harga seekor ikan jenahak.

Sesudah makan, naik tingkat atas untuk beli barangan kering hasil laut.

Ibu ambik bilis 250g je.

Ambil juga beli belacan dan ikan masin.

Wafi sedang pilih jajan yang diingini.

Belilah juga keropok untuk bawa balik.

Nak balik tu kat tepi jalan ada orang jual pani puri. Belilah 1 set RM15, bolehlah makan di homestay nanti.

Next destination....

 

Saturday, January 21, 2023

Kafe Akar Lima

Petang tadi ayah ajak dinner di kafe Akar 5 yang terletak di pekan Kulim. Since kakak taknak ikut, kita pergi bertiga je lah. Kafe ni dibuka 2 sesi, pagi dan petang.

Untuk sesi petang dibuka jam 5 hingga 11 malam. Masa kami sampai dalam jam 6 pm dan lepas hujan. Jadi cuaca agak redup. Sebelum masuk kafe sempatlah ibu ambil gambar kawasan sekitar kafe.

Ayah beritahu kafe ni berada di kawasan perumahan orang-orang berada. Patutlah banyak rumah-rumah besar di situ dan kafe tu nampak private.

Sebelah kiri pintu masuk.

Banglo lama yang diubahsuai menjadi "Bed and Breakfast". Boleh menginap di sini.

Love sangat dengan tempat ni.

Antara meja yang disediakan untuk pelanggan yang datang ramai.

Masa kami sampai tiada pelanggan. 



Wafi kata nak duduk sini tapi nanti kalau hujan kena pindah masuk pula.

Bolehlah main buaian sekejap.
Baju kurung yang Wafi pakai tu ibu punya . Dah muat kat Wafi. Baju 12 tahun lepas. Baju yang ibu pakai sebagai profile FB. Cuma bila Wafi pakai jadi labuh lah. Wafi kata ok je.. dia suka.. hurmmm.. suka hati awak lah!

Cool sangat ambience kat sini.

Ala-ala English garden.

Ada buah markisa tapi belum masak lagi.

Sempat main congkak sementara tunggu hidangan sampai.
Sapa menang?
Wafi konfiden menang yayyyy

Too bad... Wafi kalah tipis dengan ibu. 
41 vs 42

Ibu pun hairan macamana jumlah guli tu tak nombor gandaan. Mungkin masa masukkan dalam lubang congkak ada yang tak cukup.

Alahhhh... tak kisahlah.. just for fun sambil killing the time kan!

Just after kita habis main congkak, hidangan yang dipesan pun sampai.

Roasted Chicken With Mash and Ulam Salad, RM25

Grilled Dory Fish With Mash and Ulam Salad, RM23

Buttermilk Pasta, RM16

Banana Chocolate Milkshake, RM9.50

Plain water, gratis ๐Ÿ˜…

Bismillah...
Happy eating semua ☺️

Menu yang dipesan semua menepati citarasa kami.
Harga pun affordable dan food plating juga cantik dan kemas.

Alhamdulillah.

Sebelum keluar pagar... last picture!
 

Sudah Sampai Kulim

Alhamdulillah.. setelah mengharungi hampir 5 jam perjalanan dari Tapah sampailah kami ke Kulim.

Sebenarnya perjalanan balik kampung bermula petang semalam. Sharp 5.30 pm ibu terus keluar office. Balik rumah ambil semua orang dan gerak terus. Beg baju ibu pagi2 dah masuk dalam kereta.

Sebelum masuk LATAR singgah dulu beli KFC takut dalam perjalanan Wafi dan Kakak Widad  lapar dan jalan jem. Tapaukan juga untuk bawa ke rumah ummi.

Alhamdulillah jalan pun smooth. 2 jam sampai Tapah. Ummi masakkan kari kambing tersedap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Pagi ummi sediakan bihun goreng resepi nenek bersama air kesedapan, indo-cafe susu.
Perggghhhh... 99% macam masakan nenek... 1% tu sebab tak ada daun kucai ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Rencah bihun goreng cuma guna cili kisar, bawang merah, bawang putih, udang kering, garam dan secukup rasa tapi rasa superbb!!

Ajomlah kita makan, isi perut dulu.

One with kakak no. 1, ummi Norazizah.
Muka ustazah kan hahahahhah.. sebab memang ustazah ☺️

Biasalah.... anak no. 2 biasanya lebih besar dari anak no. 1๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Baju pleated tu buatkan ibu nampak besar okehhh ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Masa kami keluar tu hampir jam 8 am. Hujan turun mencurah2. Separuh perjalanan sebelum Ipoh hujan.

Smooth je perjalanan pada awalnya.

Sebelum sampai Terowong Menora sudah slow. Keluar je memang standstill. Sejam lebih baru jalan clear. Ada kemalangan di km 256.

Layan kacang botak sambil hadap jem.

Lepas km 256 jalan smooth.
90% masa perjalanan ibu tidur dengan lena.. takde apa nak buat dan borak๐Ÿ˜‡

Sampai jam 12.30 pm
Atokwan ajak makan kenduri.
Memang dah tau dah... tu yang pakai baju kurung siap-siap.

Ada gulai pisang.... lama tak makan.
Selalu jumpa kalau kenduri belah utara.

Kakak Widad dan Wafi kata sedap kek pisang tu. Bingka ubi tu memang thumb up ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Ok juga bunga telur macam ni.
Meriah!

Dah makan bolehlah rehat2, hujan pulak tu.