Pages

Friday, September 5, 2025

Makan Malam Ayam Gepuk Kebun

Hari ni cuti sempena Maulidul Rasul tapi ibu kerja ganti cuti raya puasa ritu. Cuti gantian terakhir. Balik kerja singgah rumah ambil ayah dan singgah rumah nenek ambil Bami pulak. Ajak nenek, Aqil dan Amira sekali makan.

Cuaca elok namum ada pelangi pula. Amira yang tunjuk tadi.

Thursday, September 4, 2025

Laksa Untuk Makan Malam I Haiwan Peliharaan



Ni Kak Widad yang masak, katanya teringin makan laksa. Bahan² semua beli sendiri, pergi Econsave dengan nenek dan Cik Biela.

Monday, September 1, 2025

Makan Malam Di Taste Of Pakistan

Seharian di rumah hari ni, nak nap pun tak boleh. Walaupun cuaca agak redup terasa bahang juga. Tu yang petang ajak semua makan kat luar. Dinner terus sebab tengahari tak masak. Masing² kenyang makan nasi goreng.

Taknak makan berat sangat, jadi Taste Of Pakistan jadi pilihan. 

Milo ais, teh tarik, Teh Pakistani dan Teh Masala.

Family Day 2025 - Day 1 : Sarapan Di Kedai Makan Ayah Din

Ini cerita Family Day Shohari Clan yang diadakan pada 30/5/2025 sehingga 1/6/2025 yang diadakan di Bernam Nature Hut.

Baru sempat update.

Sabtu 30/5/2025 kita mulakan perjalanan Family Day seawal jam 7.45 am. Keluar awal untuk mengelakkan jammed yang dijangka sempena cuti 3 hari, weekend bersambung Hari Keputeraan Agong.
Perjalanan mengambil masa sejam ke Tanjung Malim. 

Seperti biasa bila jalan jauh ni, kami gemar singgah ke sesuatu tempat sebelum sampai ke destinasi. Kali ni singgah pekan Tanjung Malim untuk bersarapan dahulu. Search dulu kedai makan yang dapat rating tinggi. 
Exit je PLUS ke Tanjung Malim menuju pekan disajikan mural ni.

Santai² Di Bulan Baru

Hari terakhir cuti 3 hari.
Malas nak buat apa².. kunun pagi tadi nak golek² atas katil tapi tak boleh juga. Buatlah sarapan sikit.

Roti putih tinggal 4 keping dan semalam dapat 3 biji telur dari kenduri.  Telur tu ibu lenyek² kan bubuh blackpepper dan serbuk cheese. Mayonnaise habis pula. Tambah sikit air suam supaya tidak terlalu kering. Salutkan telur yang dikocok² dan masak atas pan yang dilenserkan butter.

Jadilah sandwich telur.

Nasi goreng belacan ni ibu tambah carikan ayam leftover beli di AEON sabtu lepas. Taknak pedas sangat, 7 biji cili padi ibu tumbuk kasar je. Letak carrot dan kobis. Biasa goreng nasi ibu bubuh sos ikan/sotong je tak bubuh garam.

Kopi susu... guna kopi serbuk cap Kapal Api. Tak habis² kopi tu sebab biasanya minum 3 in 1 je.

Ajom lah sarapan.

Santai² di hujung minggu.

 

Sunday, August 31, 2025

Ambang Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Ke 68

Cerita semalam Sabtu.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, ibu ayah akan bawa anak-anak untuk datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Tahun ini Ambang Kemerdekaan jatuh pada hari Sabtu tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pada hari bekerja.

Selepas beli barang Wafi di AEON Mall Shah Alam, terus ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Jam 6.10 pm sampai, orang ramai mula memenuhi spot berhampiran pentas utama.

Majlis Kahwin Di Paut Event, Sijangkang

Hari ni lepas hantar Wafi di KTM, ibu ayah terus ke Sijangkang, Klang bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu ibu. 

Najah Alyaa bersama pasangannya, Muhammad Firdaus. Pagi tadi diadakan majlis pertunangan diikuti dengan akad nikah. 

Lahaiiii.... besar² dah anak buah semua.

Tahniah Alyaa dan suami.

Semoga mawaddah sakinah warrahmah❤️

Acik Atim, sepupu ibu dari Subang. Jumpa waktu nak balik jadi tak sempat berbual lama sebab mereka sekeluarga akan ke Pahang pula.

Acik Ani dan Cik Hadi, ibu bapa pengantin perempuan.

Sementara tunggu pengantin sampai, sempat jumpa Cik Anim dan Cik  Yan.
Walau rumah sebelah rumah nenek, bukan selalu dapat jumpa.

Menariknya menu majlis hari ni pastinya lemak labu dan ulamnya bendi celur juga sambal belacan. Ada ulam² lain tapi yang menarik perhatian ibu adalah bendi. Lauk kenduri lain seperti ayam masak merah, daging masak hitam dan dalca.

Dapatlah tulis satu entry sementara tunggu tren Wafi sampai SP. Tunggu sampai teksi hantar sekolah baru boleh relax.

Nak juga bawa balik haiwan tu.. buat penuh tangan pegang😬