Pages

Saturday, March 21, 2020

#day4 PKP : Projek baju raya


Pagi ni cuaca mendung.
Suram.
Lepas berkemas2 dah tak tau nak buat apa. Teringat kain yang belum dijahit. Kain ni kiriman masa Cik Wada and the gang pergi Bandung.
Rasa dah 4-5 tahun lepas.
Mujur tak mereput.

Ambik lah buku jahitan dan peralatan yang lain.
Setel tenghari.
Dapat Wafi je.
Balance 3 meter lebih.
Sepatutnya kain tu untukWidad dan Wafi tapi sebab mereka dah membesar dengan jaya nya, memang tak cukup kain.

Sempat jahit mask balance kain tu.
Esok lah baru upload sebab dah masuk washing machine untuk dibasuh.

Setakat jam 7 pm hari ini angka kematian disebabkan covid19 adalah 8 orang.. 4 orang meninggal pada hari ini.

Sedih.

Semoga yang tinggal di rumah dapat mematahkan rantaian virus covid19 ni.

Kita usaha.

No comments:

Post a Comment