Pages

Wednesday, March 25, 2020

#day8/14 PKP : Kuih Bakar / Bingka Pandan


Kuih Bakar / Bingka Pandan

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 cawan santan
3. 1 cawan air pandan
4. 1 cawan gula (guna 3/4 sahaja)
5. 1 biji telur
6. 7 SB minyak masak
7. Secubit garam
8. Sedikit pewarna hijau (jika mahu)
9. Bijan (tiada stok)

Cara-cara

1. Blend semua bahan di atas
2. Tapis dan terus masukkan loyang yang sudah dioles/digris dengan margerin.
3. Tabut bijan.
4. Masukkan dalam air fryer
5. Suhu 180°
6. Bakar selama 50 minit atau ikut air fryer masing dan nak tahap mana kegaringan di luar.
7. Sejukkan sebelum potong

Nota : sebab tahan nak panas-panas, bila potong nampak tak rata hehehe
Tapi rasa memang sedapppp


No comments:

Post a Comment