Akhirnya keputusan peperiksaan telah diumumkan pada hari ini.
Beberapa hari kakak Widad agak resah memikirkan result yang akan diperolehi.Masa ke sekolah pun masih risau... jadi ibu pasangkan zikir bagi Kawi tenang.
Apa pun keputusan yang diperolehi kena redha... teruskan melangkah.
Jam 11 am baru pengumuman dibuat oleh pengetua sekolah.
Keseluruhan keputusan % sekolah meningkat.
Alhamdulillah.
Kakak bergambar dengan rakan-rakan sekelas.
Bersama Balqis.
Ibu bangga dengan kakak Widad.
Walau Kawi sedikit kecewa kerana tidak mencapai sasaran, tapi tetap bersyukur dan gembira kerana ada subjek yang diperolehi sangat baik.
Kawi, teruskan melangkah.
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi.
Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu.
No comments:
Post a Comment