Pages

Tuesday, March 24, 2020

#day7/14 PKP : Kuih Cara Manis

Since kena masak lebih kerap semasa perintah #stayathome maka tanya je lah anak-anak nak makan apa.. kalau dapat ibu penuhi.

Kuih cara manis ni rekues dari Wafi.
Seperti biasa, google resepi dari blog Che Ann.


Kuih Cara Manis
(Boleh hasilkan 10-12 pasang)

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 1/2 cawan santan
3. 1/2 cawan air pandan
4. 1 biji telur
5. 1 SK margerin
6. Sedikit pewarna hijau
7. Secubit garam (optional)
8. Gula pasir

Cara-cara
1. Blend/whisk bahan 1 hingga 7 sehingga halus.
2. Panaskan acuan dan oles dengan minyak masak untuk elakkan melekat. Api kena adjust.
3. Masukkan batter dalam acuan. Tunggu sebentar.
4. Bila bahagian tepi bertukar warna, masukkan 1/2 SK gula ditengah2.
5. Tutup acuan.
6. Bila bawah sudah agak keperangan, boleh angkat.

Nota: Jika 1st trip tak menjadi seperti melekat... jangan putus asa.. keluarkan/kikis kerak2. Oles lagi minyak.

No comments:

Post a Comment