Hari ni cuti sambungan sempena Deepavali. Bolehlah uruskan beberapa perkara yang tertunggak.
Cik Bila request untuk terminate langganan ASTRO.. lama dah cakap tapi ibu macam alaa.. malas lah nak arrange. Lagipun nenek kan tengok tv lagi. 20 tahun lepas langgankan ASTRO sebab coverage kat rumah mak tak best. kadang macam semut bila tengok TV. Itu pun ambil pakej yang paling basic. Masa tu dalam RM30++ je dan kongsi dengan Cik Elis dan Cik Nora. Mula2 je diorang bayar. Tapi bila mereka berkahwin dan tinggal asing mereka tidak kongsi. Ibu je lah bayar selama beberapa belas tahun. Bila Cik Biela kahwin dan duduk sekali dengan mak ibu rekues Cik Biela bayar.
Since Cik Amir ada bagi kotak Android yang boleh access beberapa channel maka boleh lah digunakan untuk menggantikan ASTRO tu.
Maka hari ni seawal 9.15 am hari ni ibu call khidmat pelanggan ASTRO 03-9543 3838
Mudah juga nak access dan mesin yang jawap pun tak begitu lama jadi dapatlah bercakap dengan customer service bernama Wan.
CS akan tanya no.
- IC dan nama penuh untuk tujuan pengesahan.
- Bil bulanan
- Berapa last bil yang dibayar
- Bayar di mana
- Alamat rumah
Seriously ibu cakap tak pasti dan bagitau adik (Cik Fatin @ Cik Biela) yang bayar hehehe.
Juga alasan mengapa nak hentikan langganan ASTRO.
Jawapan : Income terjejas disebabkan Covid19 dan tidak mampu untuk membayar bulanan.
CS kata pihak ASRO dapat tolong dengan memberikan rebate sebanyak RM15 selama 2 tahun jadi hanya bayar RM26.50 setiap bulan.
Wahhh... menarik juga pakej ni tapi sebab teringat Cik Biela yang nak minta terminate dan beliau yang perlu bayar maka ibu pun firmed dengan keputusan menghentikan langganan ni.
Since guna pun dah lama dan loyal client hehehe, takde apa-apa contract, maka ASTRO pun boleh terminate dan effective 30.11.2020
Nanti CS akan beri no rujukan untuk termination. Tunggu 1.12.2020 jika ada sebarang bill yang perlu dibayar.
Simpan sini buat rujukan.
No comments:
Post a Comment