Pages

Saturday, November 21, 2020

Prosedur mendapatkan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Umum tahu selain Perlis, Pahang dan Kelantan telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan penularan Covid 19. Disebabkan Abang Imi perlu pulang bercuti selama 6 minggu dan membawa semua keperluan asrama maka ibu ayah perlu mengambil abang Imi.

Permit khas diperlukan memudahkan pergerakan kerana akan ada sekatan jalanraya di beberapa daerah. 

Apa yang perlu di buat?

1. Dapatkan surat dari pihak Hal Ehwal Pelajar, Politeknik. Ini Abang Imi perlu lah mintak takkan ibu pulak😬😬

Lepastu surat perlu dihantar secara elektronik dalam bentuk format. Lebih mudah.

Print 2 salinan.

2. Buat senarai nama dan kad pengenalan semua yang akan berada di dalam kereta. Kena patuhi had limit penumpang yang dibenarkan.

Print 2 salinan.


3. Buat 2 salinan kad pengenalan setiap individu yang berada dalam kereta.

Buat 2 salinan.


4. Download borang ni dari laman web rasmi dan isikan setiap butiran yang dikehendaki dan buat dalam 2 salinan.

5. Setelah siap kepilkan keempat2 item di atas menjadi 2 set dan bawalah ke balai polis yang berdekatan dengan tempat tinggal. Polis bertugas akan check semua dokumen lengkap sebelum memberikan kebenaran.

Sebelum tu pegawai ada tanyakan dokumen asal surat Politeknik. Tunjukkan mesej whatsapp yang abang Imi hantar tu dan download surat tu.

Proses mudah je asalkan kita sediakan semua dokumen yang diperlukan. Ada juga balai yang tidak memerlukan salinan kad pengenalan. Lebih baik sediakan sahaja.

Masa 1st ayah pergi tu tak bawa salinan kad pengenalan. Mujur ada kedai Jay Jay yang ada khidmat photocopier. Pergi kali kedua ibu follow selepas habis waktu pejabat. Proses dalam 1/2 jam macam tu. Mujur datang awal sebab lepas 5.30 pm tu semakin ramai orang menunggu di luar balai.

Sepanjang perjalanan dari Klang ke Muadzam ada dalam 5 sekatan jalan raya (kalau tak silap). Mereka menjenguk2 je ke dalam kereta. Ini untuk memastikan bilangan penumpang mengikut prosedur. Mereka takde pula meminta permit. Alhamdulillah. Kalau ditanya kita dah standby kan. Sebab Cik Elis ada bagitau mungkin balai polis yang kita pergi benarkan 4 orang (kes tertentu) tapi sekatan jalan raya tak benarkan. Untuk lebih selamat dan tak menyusahkan better follow the procedure je. 

Peace in mind gitu🥰🥰🥰


Perjalanan pun sangat lancar. Gerak jam 8 am singgah beberapa tempat dan sampai jam 1 pm.

Transit dulu di hotel sebab Abang Imi soh ambik esok. Alahai anak.... 

No comments:

Post a Comment