Pages

Saturday, November 21, 2020

Perjalanan ambil Abang Rahimi dan stay di Anjung Hotel Muadzam

Seperti yang dirancang, kami bertolak dari rumah jam 8 am. Singgah di Petronas Setia Alam untuk mengisi petrol dan menambah nilai touch n go.

Pagi ni perjalanan sangat lancar. Kenderaan tak banyak maklumlah masih PKPB lagi.

Singgah di gerai tepi jalan menghala ke Kuala Pilah. Since gerai tu hampir menyediakan lauk tenghari maka kami brunch terus kerana masa tu hampir jam 10 am.

Tanya pemilik gerai ada tak lauk salai.. katanya tunggu 5 minit.. ahhhh.. gembira bukan main sebab salah satu keluar berjalan nak makan local dish. Ada lemai daging salai, puyuh, daging goreng kunyit dan beberapa lauk lain.

Ibu ambil daging salai dan asam pedas ikan kembung.
Masyaallah.. sedapnya. 
Pedas.
Peluh.
Minum plak kopi o panas.
Ambil kopi o sebab cuaca yang agak mendung.

Jam hampir 1 pm sampai di Muadzam shah.

Tak tau bila lagi akan ke sini.


Sebelum tu singgah di Anjung Hotel kot2 dapat check in awal. Tak dapat masuk lagi sebab check in jam 3 pm.

Kami ke bandar dulu untuk berjalan-jalan sambil minum dulu.

Singgah pasar jumpa baby crab. Tak pernah jumpa. Belilah 1 bag tu RM10. Mula2 makan excited. Lama2 tak boleh makan.. keras haha.. dan kaki ketam rasa tersangkut kat tekak.

Selepas beli sedikit juadah lain dan minum2, jam 2.30 pm gi hotel untuk urusan check in.

Harga bilik RM90 semalam dan ada 2 breakfast. Tadi sengaja ke Tong Villion kot dapat bilik murah dan check in awal. Malangnya hotel dah 4 bulan tidak beroperasi kerana pendamik Covi19.

Ini lah keadaan bilik di Anjung Hotel. Dapat yang  menghala jalan raya memang dengarlah kenderaan lalu lalang. Bahagian lain ok bersih tapi tepi dinding bawah langsir tu ada taik cicak. Alahai.. spoiled. Korang tak bersihkan ke bawah langsir tu. Dah satu kerja ibu nak pi buang. Itupun yang betul2 sebelah katil. Mujur ada tisu tandad disediakan.

Petang ni layan ni je. Rasa sambung ke malam🤭

No comments:

Post a Comment