Pages

Monday, March 27, 2023

Buka Puasa Ahad

Ahad kita buat style buffet pulak.
Macam biasa menu potluck tapi awal pagi tu masing-masing dah listkan nak masak apa agar tidak tersama.
Dah macam makcik kantin. 7.15 pm masing-masing beratur ambil makanan.
Nasi ibu sendukkan biar cepat sikit barisan bergerak. 

Tenang lah sikit hahah..


Masing-masing bolehlah pilih makanan yang ada.

Cumanya kena lah bangun sendiri ambik makanan.. haishh.. kalau tak minta hulur je 😁







Bila ada yang berdiri ambil food nampak tak ramai, cuba semua duduk... full house!

Macam-macamlah air yang dibawa.
Siap-siap tuang dalam mug, pilih je lah masing-masing nak minum air apa.

Makcik kantin kaunter air.



Food Cik Nora tak sampai lagi.. Biasalah.. cef lambat sampai bawa asam pedas ikan Bagok.
Hari Ahad ibu bawa ayam goreng dan pakis tanjung+tempe tumis.




Penuh nasi Wafi.. sedap makan dengan daging salai lemak cili api Cik Biela.

Alhamdulillah untuk rezeki.
Insyaallah next weekend kita berkumpul lagi.
 

Saturday, March 25, 2023

Buka Puasa Family Sabtu

Sabtu barulah dapat berkumpul keluarga di rumah nenek. Hari biasa sebab kekangan masa, masing-masing berbuka dengan keluarga sendiri sahaja.
Seperti biasa menu potluck.

Cik Elis bawa.

Set bubur dari cef Cik Nora.

Menu hipster dari Cik Wada.

Atuk dan nenek Usu monjong set nasi arab. Most of the families dapat jadi kat rumah nenek tak masaklah. Mana yang dapat makan di rumah nenek, yang tak makan bawa balik untuk sahur.

Ibu bawa udang Nestum sahaja.

Misi Cik Baya bawa ni.

Cik Ana bawa sup ceker.
Cik Cha bawa ceker carbonara makan dengan fettucini.

Hari pertama berkumpul hidang makanan kat bawah.



Tahun ni keluarga bertambah seorang je tapi dah tak muat makan kat dapur.
Ini mesti sebab masing-masing dah bertambah besar.

Ada yang makan kat meja makan.


Ada yang makan kat depan tv.


Begitu lah meriahnya keluarga besar berbuka puasa. Ada yang cadang buka khemah adoiiii..
So esoknya Ahad, kita tukar strategi.

Lepas buka, solat jemaah Maghrib kemudian angkut semua anak-anak buah solat Isyak dan Terawih di masjid.

 

Friday, March 24, 2023

Rezeki Ramadhan

Sebelum Ramadhan tak teringat nak beli kurma. Hari Rabu petang masa beli barang runcit, tuan kedai bagi sekotak kurma.  Alhamdulillah tak perlulah beli. 

Semalam salah seorang manager di ofis sedekah sekotak seorang untuk staf Muslim.

Semalam pun ayah bawa balik sekotak, ofis bagi.


Ofis ibu pun distribute sekotak kurma hari ni.

Alhamdulillah.. rezeki bulan Ramadhan.

Insyaallah cukuplah bekalan sebulan.
 

Thursday, March 23, 2023

Bila Mereka Rindu

 

Sempatlah ibu skodeng mesej Wafi dan Bami.
Ada je lah nak mengusik.. yang mulakan Wafi.
Mujur tak bagi gambar 🐽 kat abang dia.
Yang si abang suka bagi gambar gorila kat adik dia.
Hurmmm.. masing2 dah rindu lah tu.. rindu nak gaduh2!

Ramadhan Kareem

 


Alhamdulillah bertemu kembali Ramadhan pada tahun ini.

Semoga segala amalan dan kebaikan Allah jua yang memberi RahmatNya.

Ramadhan Kareem 💓💓

Tuesday, March 21, 2023

Wafi Hari Pertama Tingkatan 1

Hari ni hari pendaftaran sekolah Wafi di Tingkatan 1. Alhamdulillah dapat tawaran ke SAMNI. Tawaran feeder school di SMKBK terpaksa ditolak dengan baik. Adalah beberapa kali hati berbolak balik bila terima tawaran ke SAM ni. Allah lorongkan untuk menerimanya.

Minggu ni minggu orientasi jadi pelajar dibenarkan memakai baju Kokurikulum. Jumaat sahaja pakai baju putih dan berkain songket sekolah.

Pendaftaran jam 8 am, jadi 7.35 lah kita keluar rumah. Wafi kata berdebar-debar.

Tu dia.... dah ramai yang sampai. Kenalah menapak sampai ke hujung bukit. 

Tu haa Wafi dan Nayli, kawan dari baby lagi di nurseri, tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Taklimat pelajar dan ibubapa.
Kecil je dewan terbuka sekolah ini.
Pelajar dalam 600 lebih dari F1 - F5.

Selesai sudah pendaftaran dan taklimat. Bawak balik buku-buku teks. Makaihhhh.. ada 17 buah!!

Keluar sekolah Wafi kata lapar. Sebelum pergi sekolah memang taknak sarapan sebab tak ada selera katanya.. hurmmmm... Kita singgah makan kat Restoran Tapaw. Mujur walau baru jam 10.45 lauk-pauk dah ready sebab Wafi kata nak makan nasi terus.

Esok dah kena naik van sendiri pergi dan balik.
Happy schooling Wafi 😍

Saturday, March 18, 2023

Bertemu Sahabat Lama

Sebelum majlis Cik Fatin, nenek ingatkan ibu untuk jemput rakan sekolah rendah hingga menengah, Acik Roshanida. Kami masih ada pertalian saudara sebelah arwah nenek ibu.

Dah beberapa tahun tak jumpa, rasa last masa mereka datang ke rumah, ibu jemput dinner sebelum anak sulung Acik Ani sambung belajar di Jordan.
Bila google balik tahun 2015 jumpa di sini.

Semoga persahabatan ini kekal selamanya.

Sehingga ketemu lagi ya Ani🥰