Pages

Saturday, March 18, 2023

Ayam Masak Palekko

Tergoda dengan masakan Cikgu Amie, Ayam Masak Palekko maka ibu buat semalam, Jumaat. Kebetulan ibu ambil cuti untuk setelkan bayaran buku Wafi dan buat urusan lain.

Gigihlah ibu menumbuk bahan yang diperlukan mengikut petua, lepastu sengsara bila terpercik kena mata 😎. Tumbuk pun nampak kasar bila sudah tersakiti hehehe... Derhaka sikit sebab tak ada stok lada putih, bubuh je lah serbuk lada hitam. Rasanya pasti berubah lah kan. Guna ciili padi yang biasa je bukannya cili kampung sebab itu je lah yang ada. Cuma ibu letak lebih lah sebab pasti sedap makan pedas-pedas.

Bila makan, masing-masing memuji-muji keenakan Ayam Masak Palekko ni. Kakak Widad siap bertanyakan resepi. Ibu pun tak sure sepatutnya sedap macam mana sebab tak pernah makan sebelum ini. Tapi memang sedap 😋😋
Ibu makan dengan lontong lebihan beli sate hari sebelumnya. Wafi pulak makan dengan roti.

Ibu share je lah resepi di sini kot Kakak Widad nak masak lepas ni.
Terima kasih Cikgu Amie yang gemar berkongsi resepi masakan.

Resepi Ayam Masak Palekko
Bahan-bahan:
  • 1 kilogram ayam - potong saiz kecil
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan bancuhan air asam jawa - 
  • 1 cawan air
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan pemerap (ditumbuk):
  • 3/4 cawan cili padi kampung
  • 3 cm kunyit
  • 2 cm halia
Bahan perencah (ditumbuk)
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang merah besar
  • 1 sudu besar lada putih

Cara memasak:
  1. Perap daging ayam dengan bahan pemerap, serai dan air asam jawa selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak.
  3. Tumus bahan perencah sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam yang diperap tadi dan gaul rata.
  5. Setelah ayam layu dan bertukar warna, tambahkan air.
  6. Tutup kuali dan kecilkan api.
  7. Biarkan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
  8. Buka penutup kuali, taburkan garam / perasa pilihan.
  9. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.
 

3 comments:

  1. Sedap kan ayam palekko.
    Rasanya kejap lagi nak masak.

    ReplyDelete
  2. Betul2 lah sedap👍, laki sy sampai masak nasi lagi😁sebab sangat2 sedap. . .🤣

    ReplyDelete