Pages

Tuesday, March 21, 2023

Wafi Hari Pertama Tingkatan 1

Hari ni hari pendaftaran sekolah Wafi di Tingkatan 1. Alhamdulillah dapat tawaran ke SAMNI. Tawaran feeder school di SMKBK terpaksa ditolak dengan baik. Adalah beberapa kali hati berbolak balik bila terima tawaran ke SAM ni. Allah lorongkan untuk menerimanya.

Minggu ni minggu orientasi jadi pelajar dibenarkan memakai baju Kokurikulum. Jumaat sahaja pakai baju putih dan berkain songket sekolah.

Pendaftaran jam 8 am, jadi 7.35 lah kita keluar rumah. Wafi kata berdebar-debar.

Tu dia.... dah ramai yang sampai. Kenalah menapak sampai ke hujung bukit. 

Tu haa Wafi dan Nayli, kawan dari baby lagi di nurseri, tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Taklimat pelajar dan ibubapa.
Kecil je dewan terbuka sekolah ini.
Pelajar dalam 600 lebih dari F1 - F5.

Selesai sudah pendaftaran dan taklimat. Bawak balik buku-buku teks. Makaihhhh.. ada 17 buah!!

Keluar sekolah Wafi kata lapar. Sebelum pergi sekolah memang taknak sarapan sebab tak ada selera katanya.. hurmmmm... Kita singgah makan kat Restoran Tapaw. Mujur walau baru jam 10.45 lauk-pauk dah ready sebab Wafi kata nak makan nasi terus.

Esok dah kena naik van sendiri pergi dan balik.
Happy schooling Wafi 😍

3 comments:

  1. selamat masuk ke suasana sekolah menengah wafi...moga semuanya baik2 aje...dah ada kawan rapat tak lah rasa awkward sgt kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 orang BFF kat situ walau tak sama kelas tapi ok lah.. boleh jumpa. Majority yang dapat tawaran sekolah ni dari sekolah rendahnya dan ada juga dari sekolah rendah kawasan berdekatan sebab nak apply situ kena ikut zon.

      Delete
  2. salam ramadhan., bulan puasa jgn makan kat kantin sekolah ye wafi., hehehe

    ReplyDelete