Seminggu sebelum majlis pun dah masak sikit-sikit. Kali ni kudap-kudapan Cik Elis sponsor beli dari Banting. Jadi nenek cuma goreng melinjo je.
Cik Fatin nikah 3/3/23 Jumaat, jadi Hari Khamis tu dah start rewang masak.
Beberapa hari sebelum rewang, dah kupas, parut dan perah santan kelapa.
Semua masuk dalam freezer. Banyak juadah menggunakan santan.
Masa ni rak baru sampai. Rak lama dah reput kena hujan dan panas walau letak di kawasan berbumbung. Dah 5-6 tahun selepas kenduri Cik Wada dan Cik Biela.
Susun lah segala bagai mak nenek periuk, siap basuh dan sedia untuk dipakai.
Aqil lah banyak setel hal kelapa.
Adnin dan ummi bersihkan udang untuk masak lemak udang bersama cendawan kopeng/telinga.
Cik Ana basuh daging.
Kak Zai sepupu ibu dan kawan nenek kopek bawang. Rasanya dari hari Rabu dah kupas bawang sebab daging masam manis tu guna bawang yang banyak. Wafi balik rumah pun tudung berbau bawang.
Cik Ami blend apa ntah, kalau tak asyik dok menyapu dan mengemas.
Sekarang dah upgred masuk dapur hahahhaha..
Ibu post je lah gambar sebab masa diorang rewang pun ibu masih di ofis.
Sampai ke malam lah baru setel daging masam manis ni.
Lama lah proses sebab kena rebus dulu daging tu kemudian digoreng.
Akhir sekali barulah dimasukkan ke dalam rempah tumisan. Masak kena betul-betul jadi daging tu akan tahan beberapa hari.
Ketua chef memang Nenek Lilik yang sangat pakar masak daging.
Setiap kali kenduri kahwin memang nenek minta Nenek Lilik masakkan resepi ni.
Masukkan sumi dalam bunga telur. Bunga telur ni pun dah modified kalau tak sangatlah simple nya. Dalam gambar lain bila dah sampai macam togel. Itu yang tambah reben.
Mula-mula nak bubuh telur tapi nampak tak cantik jadi Cik Wada belilah bunga telur lain. Yang Cik Fatin mula-mula beli bubuh sumi je.
Sampai ke malam lah siapkan bunga telur sebab ibu pun rebus telur dah agak lewat. Sambil-sambil tu boleh lah masing-masing pakai inai.
seronok kenduri buat rewang ni tapi tu la kalau family SA memang x larat dah..semua dah angkat tangan..so amik catering je la..lepas tu masak la 2-3 lauk lagi buat tambah
ReplyDelete