Pages

Thursday, March 16, 2023

#wantoten : Juadah Kenduri

Banyaklah lauk pauk masa kenduri Cik Fatin. Kebanyakannya masakan kampung. Tak sempat pun lah kami nak ambik gambar semua. 

Ini lauk-pauk masa Hari Jumaat, hari yang Cik Fatin nikah. 
Mana yang sempat diambil gambar.
Rombongan makan tengahari, itupun agak lewat hampir jam 2.45 camtu.
Makanlah sampai ke malam selepas tahlil sebab masak pun banyak. Ada juga kawan dan saudara terdekat datang malam.

Ikan masin.

Sambal belacan. Ada ulam petai umi bawak dari Tapah.

Umbut kelapa  masak lemak.
Masa plan tak ada pun menu ni tapi disebabkan Cik Awie tebang pokok kelapa, dapatlah umbutnya. Lama tak makan ni.

Betik muda masak tumis. 
Ini pun takde dalam menu asal, tapi ada je betik muda kat pokok. Ada juga saudara yang bawa jadi masak je lah. Ramai peminat sayur-sayur kampung.

Ayam goreng berempah resepi Cik Awie & Cik Biela.

Cendawan kopeng dan udang masak lemak cili api.


Ni lah juadah yang tersedia di meja buffet pada hari Jumaat.

Hari Sabtu lagi lah... takde sapa ambik gambar. Lepas siap masak jam 11 am, geng Marhaban pun dah ready ke meja hidangan untuk makan tengahari. 

Ini pun ada yang member Cik Ami share dalam grup ofis mereka. 

Ada khemah goreng-gorengan seperti keropok lekor, keledek, keladi, pisang dan tempe. Goreng dan makan panas-panas. Yang ini Nenek dan Atuk Usu yang sponsor panggil orang masak. Diorang ni biasa buat goreng2 masa event kahwin dsb.

Ada kerabu, acar timun, sambal goreng dan nangka muda/gori masak lemak.
Umi buat apa tu? Setting makanan cantik2 ke!

Kiri tu batang keladi/lompong tumis.
Awalnya tak ada dalam menu tapi kawan-kawan nenek request. Diorang yang bawa batang keladi tu hari Khamis untuk dimasak hari Sabtu jadi getah pun dah kering. Macam pucuk ubi pun sama, selain petik di keliling rumah, ada je beberapa kawan nenek yang bawa siap-siap. Sayur-sayur kebanyakannya free selain taugeh, daun selom dan kacang botor.

Petang tu ada juga topup sayur kobis + kentang bila tengok sayur dan berkurang. Kobis tu memang plan sebagai backup jadi belilah beberapa biji dan masaknya pun cepat dan mudah.

Ayam berempah, daging masam manis, sambal tahun dan bihun goreng.
Bihun tu patut makan pagi untuk geng yang rewang, tapi semua nak makan masa tengahari lepas habis masak.
Ada sambal tahun yang terdiri dari kulit lembu dicampur lengkuas muda dan cili api kecik.


Menu yang terhidang hari Sabtu.

Ada je saudara mara dan kawan nenek bawak kuih muih lain seperti kuih lopes, kuih cara, apam beras dan pelbagai lagi. Juga ada yang sponsor buah seperti anggur.
MasyaAllah.. semoga semua diperluaskan lagi rezeki.

Cik Biela pun ada buatkan aiskrim Malaysia dan dadih untuk dessert. Ibu ingat nak panggil orang jual aiskrim kon kecik tu tapi since Cik Biela dah buat aiskrim, kita tangguhkan lah dulu.

Air balang tu pun sebelum jam 3 dah habis, mujurlah dah standby sirap ais. Adalah masanya kena ke kedai beli sirap dan ais sebab tak cukup 😅😅 
Itu biasalah time kenduri, ada je yang tak cukup. Mujur kedai dekat dan anak-anak buah besar boleh diharap untuk ke kedai.

Alhamdulillah, makanan semua cukup. Ayam awal2 dah order 90 ekor untuk Sabtu. 60 ekor sampai hari Jumaat petang, Basuh dan perap siap-siap, masuk dalam freezer. Lagi 30 ekor sampai hari Sabtu buat topup pun dah ready perap. Jam 3 lebih bila dah kurang tu, gorenglah lagi dalam 20 ekor.

Tetamu pun ada yang sampai lewat hampir jam 7 malam. Kita tapaukan untuk mereka, buat berkat. Ada lagi makanan balance untuk makan malam. Saudara-mara yang duduk dekat-dekat datang lah makan malam. Selagi ada yang nak datang kita panggil je lah makan. Sebelum tidur baru simpan semua. 

Ni pun kawan Cik Ami post. 
Seronok tengok tetamu makan macam ni.
Diorang dok memuji-muji je masakan kenduri. Asyik teringat-ingat katanya.

Kek kahwin Cik Fatin.
Comel je.

Bagi anak-anak buah gegirl (Adnin, Ain, Alma dan Wafi) setkan meja pengantin.

Hidangan pengantin pun adik beradik sediakan juga sepupu-sepupu ibu.
Ibu dah siap2 goreng ikan, sotong, udang masak Nestum dan segala jenis bebola di rumah. Karang berebut dapur pulak kat rumah nenek 😂😂
Bawa rumah nenek dan anak-anak buah hias dalam pinggan. Cik Baya dan Cik Ami yang jadi advisor. Kuah masam manis untuk ikan siakap butterfly Cik Elis siapkan.

Yang lain kita topup dari lauk kenduri, hiaslah sikit2.

Ini Cik Ami buat... hadoiii.. ada baby dalam stroller. Rambut baby dari curly salad.
Kreatif betul lah Cik Ami ni.
Kalau ikut ibu, hias jelah dalam pinggan (dasar kurang kreatif!).
Teringat masa kenduri sepupu ibu, Cik Apil.... buat camni juga kalau tak silap. Macam-macam 🤣😂😂

Entah sapa yang tangkap gambar ni.
Seketul ni je yang ada 😄😄😄 

2 comments:

  1. sedapnya lauk2 kampung...akak comel je buah tu 1st time tgk org buat gubahan pengantin baby dlm stroller siap ada puting lagi tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih kreatif yang gubah tu hahhaha... pengantin pun tersipu2 malu nak ambik buah!

      Delete