Pages

Sunday, March 12, 2023

#wantoten : Rewang2 Goodie Bag

Baru lah ibu sempat nak masukkan gambar-gambar masa kahwin Cik Fatin last week.

Gambar-gambar anak-anak dan anak-anak buah masa rewang bungkus goodie bag 2 minggu sebelum majlis berlangsung.



Set goodie bag berisi air kotak dan sarung tisu.
Sepatutnya sarung tisu tu masa kenduri Cik Wada dan Cik Biela.
Nenek purposely pergi Bandung cari souvenir untuk diberi kepada kawan-kawan marhaban dan rewang. Rasa beli 5 - 6 tahun lepas.
Since ini kenduri kahwin adik terakhir, kena ingat untuk distribute juga.


Untuk kawan-kawan Cik Fatin, ada potpuri yang diberi bersama sekotak air minuman.

Masa ni weekend yang belum cuti sekolah lagi.
Petang-petang buat santai-santai je.
Goodies memang anak-anak buah setelkan.




Lepas tu bungkus pula Kicap Jalen masuk dalam kotak.
Masa ni geng-geng anak buah lelaki dah larikan diri.
Adoiii... sabar je lah.
700 pcs settled dalam masa few hours je.
Semua tangan pantas.
Ini kalau semua anak-anak buah berkumpul lagi cepat habis.

Good job anak-anak semua 🥰

 

 

2 comments:

  1. Meriahnya!
    Sekarang ni macam-macam tuan rumah sediakan sebagai buah tangan untuk para tamu.

    ReplyDelete
  2. Akak..kat mana nak beli kicap jalen banyak tu erk...macam manarik plak

    ReplyDelete