Pages

Tuesday, March 14, 2023

#wantoten : Majlis Cik Fatin Part 1

Ibu share gambar-gambar masa majlis perkahwinan Cik Fatin. Kebanyakannya dari grup family. Tak ada lah sempat ibu nak pegang hp masa hari kejadian.


Masa ni nak naik ke rumah Cik Isam, tunggu kat sana.

Sempat lagi lah semua nak menyelit.

Geng-geng anak buah lah temankan pengantin sementara tunggu pengantin lelaki.

Lepas diarak masuk ke kawasan rumah, duduk lah kat kerusi persinggahan. Mungkin ini style orang Jawa kot, duduk kat kerusi yang dialas kain batik lepas.

Cik Anuar buat pertunjukan silat.

Atuk Jep pun sama.

Diringi Kompang Seni Warisan.

Lepas tu pengantin terus masuk ke khemah meja beradab.

Kompang Seni Warisan ni dianggotai oleh orang-orang lama. Semua dah pangkat atuk-atuk. Semangat bila memukul kompang tu dan gandingan suara pun mantap ketika menyanyi. Lagu yang dimainkan pun ada yang versi Jawa.

Pengantin dan keluarga sebelah Cik Wan di meja beradab.

Ibu dan ummi pun naklah bergambar.

Geng basuh pinggan dan gelas.

Semua tenaga kerja adik-adik dan anak-anak buah dari cuci pinggan, penanggah, check lauk pauk dan sebagainya. Saudara-mara, jiran-jiran dan kawan-kawan nenek yang rewang persediaan dan masak. Alhamdulillah ramai yang membantu.
Tak jumpa pula gambar2 rewang hari Sabtu tu. Tunggulah gambar dari Photog.

T-shirt Wedding Crew tu Cik Wada sponsor. Tq Cik Wada 😍

Btw yang lelaki pakai T-shirt je. Gegirl je lah pakai baju kurung. Yang kanak-kanak semua pakai T-shirt je.

Geng meja salaman 😁😁

Cik Fatin dan anak-anak buah gegirl... tapi terselit Cik Baya di situ!
Takde lah flower girl pakai dress lawa-lawa bawa bunga hahhahaha... 
Sebab anak-anak buah kecik2 tu pun dah lawa dan menghiburkan. Diorang tak meragam dan semua beri kerjasama jadi mak-mak boleh fokus melayan tetamu yang hadir.
 

No comments:

Post a Comment