Sambung lagi cerita hari raya pertama...
Selepas sesi bermaaf²an dan bergambar, sudah ada tetamu yang datang. Jadi kami decide untuk keluar beraya selepas solat Zohor. Aleh² jam 2.30 pm baru tayar golek. Beraya dalam kampung je tapi choose rumah yang paling jauh dulu. Jauh pun 5 minit juga berkereta
Kelaparan lagi masing². Makan nasi impit, rendang dan macam² lagi.
Nana akan mendaftar F1 di MRSM Tumpat, 17/4/24
Disebabkan Nenek Masi ada sedikit masalah pengelihatan, sekarang sapa yang menyapa kena kenalkan diri.
Dari rumah Nenek Eton kami jalan kaki je. Driver bawak balik kereta park di rumah nenek sebab rumah² lain jalan kaki je.
Kami singgah dulu ke rumah Nenek Nilah, pintu terbuka tapi bila bagi salam beberapa kali tak ada pula yang menyahut. Jadi kami ke rumah seterusnya.
Makan sana sini sikit kenyang lah kan.
Jamah lah walau sedikit, kan tuan rumah sudah sediakan.
Ini between tu terjumpalah family cousin ibu yang juga berziarah. Cuma bila masing² sampai ada yang sudah selesai berziarah. Jadi rumah tuan rumah tak adalah crowded sangat.
Hanya satu² family sahaja yang berkunjung.
Rumah keenam, Nenek Ina
Rumah ketujuh, Atuk Nading dan Nenek Yati.
Ini rumah pusaka arwah buyut Chudi, bapa arwah atuk.
Yang duduk atas tu belum habis makannya.
Masa ni sudah jam 7 pm.
Bolehlah kami meminta diri dulu.
Alhmadulillah.. cuaca elok hari pertama. Mendung sahaja walau ada sedikit panas sekejap. Compared to last year, panas ceng² hari raya pertama.
Disebabkan kami sudah selesai berziarah raya ke rumah adik beradik nenek dan arwah atuk yang berdekatan, maka malam sudah tiada program. Dapatlah merehat² diri di rumah.
Teringat pesanan Cik Amie pada anak² buah.. "nanti bila korang dah besar² dah kahwin, jangan lupa datang beraya rumah Cik Amie di Kajang".
Itulah yang kami lakukan, ziarah wak², makcik dan pakcik. Masa kecil² dulu kami naik basikal je dan beraya dengan sepupu² ke rumah saudara mara. Masa tu atuk cuma ada motosikal camne nak bawak kami. Tapi duduk kampung takde masalah untuk berbasikal tambahan pula sudah biasa. Lagipun rumah saudara mara dekat².
Adik beradik atuk yang paling jauh tinggal di Kampung Melayu Subang. Manakala sebelah nenek, yang tinggal jauh di Sungai Way dan Kampung Melayu Tambahan Sungai Besi.
Insyaallah amalan berziarah di hari raya akan dikekalkan selain ketika memenuhi jemputan kenduri kendara. Biar anak² mengenali dua pupu mereka serta mak dan bapa saudara lain.
Alhamdulillah... Senang bila rumah dekat2 nie
ReplyDeletebetul Linda. Arwah atuk kami dulu² teroka tanah, jadi anak² nya duduk di tanah yang sama. Anak² perempuan kahwin pulak dengan orang kampung yang sama, itu yang duduk dekat². Orang dulu² tak ada istilah balik kampung gamaknya 😅
DeleteSeronok beraya kat kampung cuma sekarang dh x banyak tempat nak pergi, ada yg masih ada dan ada yg dh xde
ReplyDeleteRumah paling jauh, tapi hanya 5 menit berkendara, ya Allah, kalo di KL atau jakarta, itu hitungannya amat sangat Dekat ya kak 🤣😄.
ReplyDeleteIyalaah, silaturahmi antara sesama keluarga ini hrs digiatkan. Saya bersyukur suami saya suka silaturrahmi ke rumah2 saudaranya, jadi saya tahu siapa2 saudara dia.