Ahad lepas kami menyantuni jemputan kawan ayah di Precint 11, Putrajaya. Sekali jalanlah lepas Kajang terus ke Putrajaya.
Uniknya mereka menghidangkan Nasi Lemuni. Inilah kali pertama ibu tengok nasi lemuni. Ingatkan nasi ulam tapi kalau nasi ulam pelbagai dedaun dihiris halus. Menurut tuan rumah ia ada campuran daun lemuni berwarna purple dan dikisar untuk ditanak bersama beras.Masa mula-mula ambil nasi ni ibu rasa dulu tanpa lauk lain. Rasa takleh lah describe sebab pertama kali makan tapi adalah rasa ulam yang tersendiri.
Makan nasi lemuni macam makan nasi lemak bila dihidangkan bersama lauk lain. Banyak jenis lauk tuan rumah sediakan seperti telur rebus, ikan masin, ayam goreng, sambal udang, sambal ikan bilis dan timun.
Untuk merasi keunikan nasi lemuni ibu hanya mengambil sambal udang, sambal ikan bilis dan hirisan timun. Kalau ambil banyak sangat lauk tenggelam pulak rasa nasi ni nanti.
Macam lah lagi tuan rumah hidangkan seperti mi kari, ketupat palas beserta rendang dan serunding daging. Dapatlah rasa semua bila ambil serba sedikit.
Dalam gambar ini, Auntie Su, Uncle Bad (mantan CEO KPJ Ampang Puteri), Uncle Zubir (ayah kata pakar SAP), Uncle Yasser, ayah, ibu, nenek dan Auntie Ayol.
Sebelum beredar ambil gambar ramai-ramai.
Puan rumah disebelah kanan, Auntie Rosni.
orang hebat-hebat semuanya kawan ayah..mesti ayah pun orang besar juga kan
ReplyDeleteAyah biasa² je.. dia selalu cakap dia tukang set sesi ngeteh kawan²π
DeleteDaun lemuni banyak khasiatnya.
ReplyDeleteDaun² Herba kan.. memang banyak khasiatnya.
DeleteSA suka nasi daun lemuni..ada kawan kat opis pandai buat dulu...
ReplyDeleteKalau jumpa daunnya boleh try masak tu SA.
Delete