Pages

Sunday, April 14, 2024

Sayur Bening Di Syawal Ke 5

Raya pertama je dapat makan makanan raya. Itupun rasa tak puas sebab pagi raya makan lontong, sambal kacang, sayur campur dan ayam goreng berempah. ehhh.. ada lagi, ketupat palas dan rendang ayam. Malam pulak makan nasi minyak lauk ayam masak merah. Juga laksa Cik Nora buat.

Raya ke 2, 3 dan 4 makan beli je.. 
kan duduk di rumah sahaja + perjalanan balik ke Kulim dan hantar Wafi balik asrama.

Hari ni nak makan comfort food pulak.

Masaklah sayur bening pak choy dan brokoli.

Nak habiskan sayur² hijau sebelum kuning. Beberapa hari sebelum raya banyak juga beli sayur kat NSK sebab murah. End up tak habis masak/makan.

Lauk pun masak simple sebab tak defrost awal². Ingat nak masak sardin, tak ada stok rupanya.

Inilah menu tengahari hari ni
  • Sayur bening pak choy + brokoli
  • Telur dadar
  • Sambal belacan
  • Telur masin
  • Ikan masin
  • Buah pelam
Kat luar tadi panas nya la haiii.. ini ada bunyi guruh sikit.
Hari ni nak relax² je kat rumah, esok nak kerja.

Aduhaiiii... tak terasa pula dah 9 hari cuti.
Esok dah kembali ke rutin asal.


 

13 comments:

  1. Ye bwtul..SA pun masak simple je...nak makan x lalu plak tekak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau SA up entry sambal belacan tumbuk pun akak dah terliur.
      Ini blend je, spesis tak berapa nak rajin 😁

      Delete
  2. Sekali sekala.. Sedap jangan bening...
    *jangan=sayur dalam bahasa jawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah.. patut letak Jangan Bening
      Bening = jernih/clear
      Sayur jernih πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
      tapi akaknya jangan bening tak clear sangat sebab bubuh kiub ikan bilis.

      Delete
  3. Lama juga saya tak menyayur bening. Rindu pulak!

    ReplyDelete
  4. Sy pula rindu nak makan ikan, asyik ayam dgn daging je raya ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekdays boleh masak ikan, nanti weekend pasti ada lagi jemputan rumah terbuka/kenduri kahwin.

      Delete
  5. betul saya pun rasa pendek je cuti raya thn ni,mungkin sebab raya tengah minggu kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raya yang betul2 raya masa dengan family kan.. itu yang terasa pendek. Lepas ni penuhi jemputan raya kawan2 pulak.

      Delete
  6. Ikan masin dan telur kalau makan tu je memang cukup.....sedap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak dan ayah diorang makan telur dadar je Ezna, ikan dan telur masin diorang pandang sebelah mata je. Ibu nya jenuh nak ngabeskan.

      Delete
  7. Bila tengok menu sayur ni, tetiba terkedu. Rupanya lama sudah saya tak masak sayur macam ni. πŸ˜“

    ReplyDelete