Pages

Friday, April 12, 2024

11 Jam Perjalanan

Alhamdulillah malam tadi kami sampai Kulim jam 10.30 malam. Keluar rumah jam 11.30 am, masa tu tengok google map dijangka sampai jam 3.58 pm. 
yeayyy.. tapi dari masa ke semasa jangkaan masa tu bertambah dengan pertambahan kenderaan di jalan raya. 
Ibu dah siap² masak untuk bekalan dalam perjalanan. Mula² anak² makan nasi goreng dulu sebab kat rumah tak sarapan lagi.

Jam 2.30 masing² dah mengadu lapar, nak masuk RnR pasti sudah untuk dapatkan parking. Ayah exit Sungkai, nak masuk ke kawasan rehatnya pun takde parkir. Jadi berhenti di Petronas. Makanlah dalam kereta sahaja. Kat luar pun cuaca sangat panas.

Kat rumah tak jumpa pinggan pakai buang. Bawak je lah pinggan plastik. Untuk lunch ibu masak nasi putih, sotong goreng dan telur masak lemak cili api.

Tak tercapailah hajat nak piknik kat gazebo atau bawah pokok. Tikar dan suratkhabar memang dah standby dalam kereta. Mungkin lain kali🤣

Bila dah kenyang takdelah anak² meragam.. ehhh.. kemain.. dah besar pun nak meragam juga.

Dalam kereta pun dah standby banyak makanan dan minuman. 

Popiah simpul ni Kawi buat. Guna je serunding ikan yang Cik Baya belikan di Kelantan.


Kuih tiram ni sebelum raya sudah habis sebekas. Mujurlah ibu beli 5 bekas. Hantar juga rumah nenek. Yang ni senang nak makan sebab saiz kecil.

Sana sini jalan jem tapi moving je semua. 

Bagus bila ada Smart Lane di Plus hiway.

Smart lane ni adalah emergency lane yang kita tak boleh guna dengan sewenang²nya pada hari biasa. Bila jumlah kenderaan bertambah, PLUS akan aktifkan lorong smart ini.

Sempatlah ibu baca antaranya :

1. kalau dah masuk smart lane perlu berada di situ sehingga habis lane. (kalau asyik keluar masuk sudah tentu² akan kem)

2. Hadlaju 60 km/j (lane ni keadaan permukaan jalan tidak se smooth lane biasa, agak kasar dan lane tidak lebar)

3. Lampu di papan tanda smartlane akan dinyalakan bermakna smartlane telah diaktifkan. Sebelum habis smart lane, lampu juga diaktifkan.

Kalau tak ada papantanda smartlane yang diaktifkan janganlah mengada² nak lalu 🤣🤣

Oh ya, malam tadi sebelum sampai rumah tokwan singgah dulu cari makan. Ada 1 gerai yang agak ramai juga orang. Lebih 40 minit jugalah menunggu, Alhamdulillah makanan yang dipesan semua sedap². Yang paling seronok makan Wafi. Senyum dia bila cukup makan dan kakak share makanan kat dia. Sampaikan abang dia usik, ada bela saka ke.. sabar je lah Wafi.


 

1 comment:

  1. Lihat menu yg dibawa, jadi ingat mama. Tiap kali road trip pasti selalu bawa bekal seperti ini. Mama lebih suka masak drpd harus beli di jalan. Katanya tak sedap 😄. Tapi itulah yg paling berkesan tiap kami road trip

    ReplyDelete