Pages

Wednesday, April 10, 2024

Pagi 1 Syawal


Juadah yang ibu sediakan di pagi Syawal. Paru balado dan ayam masak kicap jam 12 malam siap masak. Ketupat palas rebus selepas Asar hari sebelumnya. Pagi baru tumis sayur campur dan masak nasi minyak. Bahan² untuk dimasak ibu dah prepare awal. 

Kebiasaannya begitulah... kami malam raya baru prepare masakan untuk dimakan pada pagi raya. Macam lontong atau ketupat kenalah rebus awal. Lepas pengumuman raya baru gotong royong masak dengan adik beradik. Kuah kacang special nenek masak. Rempah ayam goreng Cik Bila prepare. Marinate dulu, esok paginya baru goreng. Juga prepare kuah laksa. Sayur ibu masak kat rumah je. 

Lepas tolong² kat rumah nenek, sambung masak pula di rumah sendiri. Itu yang jam 1 pagi baru tidur😁

Makanan yang siap dimasak, tapau terus sebab nak makan kat rumah nenek. Adik beradik lain yang duduk berdekatan juga potluck. Tambah² makanan wajib kat rumah nenek.

Sementara tunggu ayah dan Bami balik dari masjid ibu ambillah gambar gelagat gegirl kat rumah. Ibu sudah pesan awal, tahun ni siap awal. Jangan ada yang nak buat perangai di pagi raya.. tudung tak on point lah.. tudung tak jadi lah.. tudung tak matching lah... tudung tak style lah 😬😬
Itu yang masing² sudah prektis tudung untuk digayakan. 








Tahun ni Kawi beli baju Samm Republic. Pagi baru ibu tengok baju tu. 
Ok.. lulus.

Baju Wafi dari Aaira Be Classy. 
Wafi dah pesan, baju nak pilih sendiri. Kalau ibu belikan style orang lama² 😬😬

Tu diaaaa... dengan cermin sekali diangkut keluar.

1st time letak alas meja, biasanya kosong barulah nampak ira kayu jatinya. Masa pergi Ikea tersuka pula dengan table cloth nya, itu yang beli.


Order karpet tapi masih kat JnT lagi.. pakailah karpet depan TV. Itu yang nampak secoet je.

Perabot dan susun atur sama je. Cuma tahun ni cat putih dalam rumah few areas.

Ambil gambar family dulu.
Ayah ler tu dok sibuk arrange mana nak ambil gambar.








Cepat² lah ambil gambar family. 
Lapar dah ni.  

Pagi tadi hidang makanan atas meja, jamah sikit je.  Sunat makan sebelum solat sunat Aidil Fitri. Makan berat kat rumah nenek sebab nak makan lontong dan kuah kacang.

3 comments:

  1. Senang rumah dekat dengan rumah nenek... Tak perlu nak angkut bagai2... Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. kalau tertinggal barang datang balik🤣🤣

      Delete