Sambunglah sikit cerita tentang raya haritu...
Ini di rumah Cik Amie. Dah lama tak datang Kajang, ada sahaja halangan walaupun plan beberapa kali. Kali ni sebab masing-masing pun free bolehlah sampai.
Geram betul dengan budak tecik ni.
Cik Elis baru sampai, sebelum tu breakfast raya di rumah sepupu saudara sebelah Cik Zie di Bukit Jalil.
Kami dah bersiap-siap untuk beraya di rumah kawan ayah di Putrajaya.
Abang-abang yang besar pun terpaksa layan adik-adik main masak-masak.
Abang Imi stay lagi sebab sebab semalam datang dengan Abang Izzat.
Cik Ami masak tomyam katanya.
Harga dia tak comel ya Firas πππ
Petang baru Bami sampai rumah nenek.
Nenek dah pesan kat cucu-cucu angkat kayu api.
Haaaa.. gitu.. dah macam zaman dulu. Kayu api pun masih guna ya sekarang kat rumah nenek.
Biasa nenek masak lontong, bakar dan rebus kulit lembu guna dapur kayu.
Kenduri-kendara pun masih guna dapur kayu selain gas.
Kayu tu kutip je lah dari pokok2 rambutan yang sudah jatuh di belakang rumah arwah buyut.
Takpun ada lah atuk2 sedara yang hantarkan kayu api sebab mereka tak guna.
seronoknya beraya banyak2 tempat..ramai anak buah memang meriah
ReplyDeleteSementara anak-anak buah masih kecik dapatlah mereka kumpul ramai2. Ini pun ada yang sudah kembali ke U tak dapatlah berkumpul.
Deletebestnya kak nenek masih guna dapur kayu..ada juga impian nak ada rumah kampung guna dapur kayu,guna air bukit salur dengan batang buluh...setakat ni berangan je lah mampu
ReplyDeleteKena cari tanah dekat dengan sungai tu Afzan hehe..
DeleteKonsep pakai dapur kayu ni kena duduk kampung takpun duduk pekan tapi tanah lot. Kalau duduk taman mau kena komplen dek jiran sebab berasap π
Seronok m nampak meriah kalau dah berkumpul ramai-ramai macam ni kan .. macam-macam benda laa nak diceritakan bila dah berjumpa .
ReplyDeleteIa CCL.
DeleteAda je lah yang nak diborakkan bila berjumpa.
Wahhh masih suasana mood raya....ramainya sekali berkumpul ni....meriah jadinya.
ReplyDeleteBaru nak mula beraya rumah adik beradik dan kawan2 masing-masing tu. 1st week raya rumah mertua dan saudara mara yang lebih tua.
Deletecomelnya bella...
ReplyDeleteComel dan cheeky.
DeleteRamaaaai keponakan kecil ya kak ☺️. Anak2 pasti senang kalo dah bertemu dengan cousins mereka. Awal2 mungkin malu, tapi setelahnya riuh bermain π π.
ReplyDeleteAkak anak ke 2 dan bawah ada 9 orang adik². Itu yang keponakan kecil² lagi.
Deletenampak raya sungguh meriah...alhamdulillah kalau gitu
ReplyDeleteSemoga ukhuwah sesama adik beradik berpanjangan.
Delete