Pages

Friday, May 31, 2024

Lauk Tengahari

Tengahari ni ibu ke dapur jam 12 lebih, perut dah lapar. Maklumlah.. makan keladi goreng macam tak cukup kenyang 😅. Sebelum Zohor dah siap masak. Lepas solat baru makan.

Peria + telur.

Peria yang panjang dan ia kurang pahit. Wafi taknak makan tapi kalau peria yang dibuat kerepek tu, 1 balang boleh habis dihadapnya.

Masak lemak cili api ketam. Guna cili padi merah je yang ada jadi MLCA warna merah sikit walau dah bubuh kunyit. Lama lah tak masak ketam. Ritu jumpa kat pasar malam sepinggan 4 ekor, RM10. Saiz sedang je. 

Ibu tanya Wafi dulu nak makan ketam ke tidak, kalau taknak ibu tak mahu masak. Bila Wafi kata ok baru ibu proceed.

Bila makan ibu tunjuklah cara nak makan macamana. Nampak sangat ibu jarang masak ketam😆. Abang Imi suka makan MLCA ketam ni. Ibu masak pun tak berapa pedas.

Wafi suka makan siput sedut tapi ibu tak pernah masak. Kalau makan kat luar ada menu ni pasti Wafi ambil. Ibu bab² menyedut siput tu selalu failed, itu yang takmau masak. Nanti lah.. suatu hari nanti ibu cuba masak.

Ikan ni rupanya ada tulang halus. Beli kat pasar bila tanya kat penjual tu dia ada mention tapi ibu tak pernah dengar. Ada customer lain cakap ikan ni sedap. 

Ada beberapa keping ibu MLCA haritu. Rasanya ikan air tawar. 2 keping ni yang last. Bila digoreng lagi terasa ikan air tawar. 
 

5 comments:

  1. Cie pun jarang masak ketam. Anak2 tak pandai makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kan.. kalau kita masakkan dan bagi anak² makan boleh je diorang survive makan😁
      Mak² ni je yang rasa leceh.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. sesekali masak lebih lauk.

    ReplyDelete
  3. Samaaaa, saya pun tak pandai makan siput sedut 🤣🤣🤣. Hrs dibantu dengan lidi utk menarik daging siput kluar.

    ReplyDelete
  4. suka peria masak macam tu...kadang letak telur kadang x letak..yg x letak telur tu yang ramaai suka...tgok ikan tu mcm x cam plak ikan apa...MLCA ketam....dapnyaaaaa...

    ReplyDelete