Sabtu malam 25/5/2024 kami adik beradik mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran buat Ummi, Paklong Anuar, Cik Wada dan Cik Hannis yang menjadi Duyufurrahman bagi mengerjakan haji. Alhamdulillah tahun ini 2 orang adik beradik dapat panggilan berserta suami masing-masing. Majlis untuk keluarga sahaja dan seperti biasa kami buat potluck.
Ibu bawa buah-buahan.
Juga Vitagen untuk kanak-kanak (yang tak berapa nak kanak-kanak pun mau!)
Ayah pula bawa 2 pack ice-cream.
Ummi tak dapat balik sebab esok malamnya, Ahad baru sampai rumah nenek untuk tidur semalam.
Koktel dragon fruit by Cik Fatin
Dina yang comel ni minta mama dia potongkan rambut sebab kawan-kawan semua berambut pendek.
Masing-masing excited bila nak pilih cheesetart.
- Bakso - Cik Nora
- Bubur Lambuk - Cik Wada
- Pulut Kuning - Cik Ana
- Sate - Cik Elis
- Yong Tau Fu (tersalah hantar 😁) - Cik Fatin (ada runner hantar YTF COD ke rumah katanya yang order nama Ana, jadi Cik Fatin bayarkan dulu dan hantar receipt ke Cik Ana. Masa sampai rumah nenek Cik Ana terpinga-pinga lah sebab katanya tak order. Jadi YTF tu letak tepi dulu sebab tak sure siapa yang order. Bila dah masa nak makan Cik Fatin call no runner tu. Rupanya runner salah hantar dan penjual dah buat lain untuk dihantar ke pembeli yang sebenar. Disebabkan YTF tu pun Cik Fatin dah bayar jadi penjual tu tak datang ambil. Rezeki kamilah dapat makan YTF malam tu 😆)
- Cream puff - Cik Cha
- Nangka Madu - Cik Ana
- Nenas - Nenek
Koktel dragon fruit by Cik Fatin
Dina yang comel ni minta mama dia potongkan rambut sebab kawan-kawan semua berambut pendek.
Adeh.. Dina... Dina...
Tak mengapalah... kejap lagi panjanglah rambut kerinting dia tu.
Bakso yang tersangat sedap... ibu makan ni paling kena ditekak sendiri.
Bakso yang tersangat sedap... ibu makan ni paling kena ditekak sendiri.
Cik Nora kalau masak apa-apa memang sedap, sesuailah dengan bidang kulineri yang diambil waktu belajar di IKBN, Pertak.
Lepas solat Maghrib buat bacaan Yaasin dan tahlil.
Kemudian solat Isyak barulah makan-makan family.
Masa ni Cik Nora baru je balik, Cik Fatin pulak adalah tu kat dalam bilik, rehat.
Diorang tu biasalah, asal berkumpul je memang main bola lah jawabnya.
Ini bikin mengalir air liur tengok semua menu. 😆
ReplyDeletealamak.. menu biashe² je.. tapi kalau tengah lapar terliur juga.
DeleteLagi banyak acara syukuran untuk berangkat haji ya kak ❤️❤️. Semoga bagi sesiapa pun yg berangkat tahun ini, semua lancar hingga pulang nanti, dan menjadi haji mabrur.
ReplyDeleteSaya sukaa warna mukena yg kakak pakai, itu Siti Khadijah kan? Renda dia khas sangat
Ia.. haritu masing² dah buat di rumah sendiri.. ini kami adik beradik buat juga jadi dapatlah berkumpul sama.
ReplyDeleteBetul, mukena/telekung dari SK. Itu dapat masa lucky draw. Rezeki. Kain sedap dan design renda pun cantik.