Pages

Saturday, May 18, 2024

Makan Malam Di BBQ Town, i-City Central

Petang semalam lepas ofis ibu dan officemate sama-sama dinner di BBQ Town terletak di i-City Sentral, Shah Alam. Management minta kami berhibur 😄 setelah selesai audit dan reporting.

Selalu tengok dalam drama Korea benda alah ni, jadi ibu snap gambar. Dah macam anakonda tergantung-gantung begini. Patutlah best makan gril dan steamboat kat tempat yang macam ni sebab tak rasa panas dan berasap sebab ada penyedut ni.

Buffet style tapi segala makanan laut dan daging mereka akan hantar ke meja kita. Kalau tak cukup minta je mereka tambahkan sebanyak mana kita mahu. 

Disebabkan sudah lapar dan sementara tunggu kawan-kawan ibu masak, ibu makan dulu sushi.

Tambah lagi.

Anak-anak muda ni volunteer masak, kami geng-geng mak makan je.
Syukur 😂

Nisah, As dan Kak Liza.

Hanim, Ad dan Ain.

Dalam jug tu kuah steamboat ya.. mula2 ibu ingatkan jus buah-buahan hehe

Si kembar, Kam, Qis dan Kimah.

Jabir dan Zaki.

Habib dan Rahmat.

Kimah dan Mei.


Kepingan daging lembu, kambing dan ayam yang sangat nipis. Cepat di masak cuma segala haiwan ni tiada perapan. Plain je. Jadi kena makan dengan sos yang disukai.

Harga sekepala RM55.45
Tempoh yang diberi adalah 2 jam sahaja.
Ok lah tu.. lebih dari cukup masa yang diberikan.

Mereka akan hantarkan ayam goreng style Korea ni. Cukuplah 3 pinggan untuk meja kami. Nak tambah pun dah tak larat nak makan walaupun sedap sangat.

Dessert ada aiskrim ni.




Lepas makan masing-masing nak bergambar di luar restoren pula.
Sambil-sambil turunkan makanan dalam perut dek kekenyangan.


















Lepas tu diorang ajak jalan-jalan i-City theme park pula.
Since ayah pun belum balik lagi sebab jumpa kawan-kawan, ibu pun joinlah sekali.

Kemain eh😁😁😁😁


 

6 comments:

  1. seronok...tapi tajuk tu seram lah yibu...
    "makam" malam... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. hahhahaha.. kalau makam ibu pun dah seram. inilah bila buat blog tak semak semula.
      baiklah.. sudah diedit 😁. tq Linda

      Delete
  2. Lamaaa tuh 2 jam. Di sini biasanya hanya 90 menit. Saya dah lamaa tak makan All you can eat begini. Sejak porsi makan tak lagi banyak 😅. Kdg merasa sayang, dah bayar mahal, tp makan cuma sedikit. Tapi kalo ditraktir atau memang acara kantor, ya sudahlah, langsung mau 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau 2 jam tapi ada orang sanggup menunggu berbaris di luar. Kalau saya tidak sanggup. Ini kebetulan beratur tak lama dan dapat 2 meja jadi bila diberi 2 jam santai-santai je makan.

      Delete
  3. Meriahnya bbq.
    Anak-anak mudanya pun nampak manis menawan dan kacak belaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 muda ni suka makan BBQ sebab nak santai-santai.

      Delete