Rasa ini last entry sempena Syawal tahun ini. Sabtu lepas ummi dan Paklong Anuar mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran. Alhamdulillah rezeki mereka tahun ini dapat panggilan haji. Mereka panggil adik beradik kedua-dua belah keluarga, jiran dan rakan terdekat.
Jumaat malam tu ibu sampai dah Chenderiang bersama Cik Cha dan anak-anak. Ayah ada Rugby Tounament di UUM jadi tak dapatlah ikut. Sampai pun dah jam 12 malam.. ngam2 sampai Lagu Negaraku berkumandang di radio. Kena keluar kereta berdiri ke cemana 😁, dah lah hujan lebat bila sampai di Tapah. Nenek, Izzat and beberapa anak buah pun baru sampai.
Diorang bakar kambing.
Sempatlah malam tu rewang mana yang patut. Jam 1 lebih ibu masuk tidur.. tak larat dah mata. Ummi jam 5.30 am baru masuk tidur, patutlah pagi tu bau masakan, ingat ummi dah bangun. Rupanya tak tidur lagi. Jadi pagi tu kami yang lain rewang buat breakfast, masak sayur, goreng tempe dan panas2kan lauk yang sudah dimasak hari sebelumnya. Sedap betullah ummi masak sambal bilis tempoyak.
Sup kambing ummi yang sangat sedap.
Majlis bermula jam 10 am dan sementara tunggu adik beradik yang lain, kami makan dulu. Around jam 12 baru buat bacaan Yaasiin dan tahlil.
Sedap betul lah sup kambing ummi, sampai menjilat jari.
Makan bawah pokok sebelum tu boleh pulak makan bawah matahari. Mujur cuaca tidak terlalu panas Sabtu tu.
Kuih muih tu potluck dari adik beradik dan jiran.
Ni yang gambar makan bawah matahari sebelum mereka pindah makan bawah pokok. Padahal boleh je makan bawah khemah.
Muka Anis ni seiras betul dengan Adnin.
Main.. gaduh.. main.. gaduh 😁
Tiga² banyak mulut.
Ni kalau adik beradik semua attend, penuh khemah dengan kami je😅
Malam tu boys tidur dalam khemah.. ada juga yang tidur bawah khemah besar.
Cik Man dan Cik Amir teman mereka tidur. Bahagia betul diorang tidur kat luar. Kipas laju, mujur nyamuk tak datang ganggu.
Rupa² nya khemah satu lagi tu gegirl yang tidur. BFF Arissa, Amira dan Alya.
Pengalaman yang menyeronokkan buat anak².
Yang lain termasuk ibu pagi jam 10 am dah gerak balik. Sampai rumah jam 12 tengahari.
Bolehlah berehat².
Bestnya ada kambing
ReplyDeleteNampak meriah sambutannya
Abang ipar memang bela kambing, WP.
DeleteRezeki tetamu hari tu.
Lauk pauk semua sedap² nampaknya tu 👍
ReplyDeletePart tidur dlm khemah tu pasti jadi kenangan seumur hidup depa :)
Semoga dipermudahkan segala urusan dan beroleh haji mabrur buat keduanya 🤲
Lauk-lauk kampung PH.
DeleteAlhamdulillah.. semua sedap.
Halaman rumah mereka memang sesuai pasang khemah, lagi belakang tu kebun.. sejuk je.
Alhamdulillah, mariah sungguh.. makanannya pun banyak..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. masing2 puas makan, siap tapau lagi.
Deletealhamdulillah... sampai seruan ke tanah suci... sedapnya bakar² kambing
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletesyukur alhamdulillah selesai semuanya...semoga selamat pergi dan pulang dari tanah suci
ReplyDeleteAamiin...
Deletebestnya la hai. food memacam. sedap sgt bilis poyak tu. just love suasana kg.
ReplyDeleteMemang tenang dan nyaman kat sini, jalan hala ke Lata Kinjang.
Deleteseronoknya budak2 tidur dalam khemah tu haa..salah satu keinginan Pia nak tidur dalam khemah tapi umiwaled xdpt penuhi
ReplyDeleteSeronok sangat mereka tu.. gamaknya kalau tak dikejut solat Subuh memang terus lena dek sejuk area situ.
DeleteBoleh cuba glamping area Afzan. Banyak glamping area yang sudah sediakan khemah sekali. Itu pun menarik juga untuk dicuba bagi mereka yang taknak beli khemah sendiri.
Alhamdulillah datang juga giliran untuk berhaji bagi ummi dan paklong. ❤️. Semoga giliran kita pun akan dipercepat. Saya msh menunggu 28 tahun lagi antrian😅.
ReplyDeleteSedaaaap semua makanan tuh, trutama kambing pastilah JD favorit yaa 😍😍.
Tempat utk acara pun best sangaaat. Bisa lagi kemping dan mandi di sungai ❤️👍
Semoga Allah percepatkan giliran haji kita semua🤲🤲
DeleteSeronoknya dapat kena air sungai yang sejuk2 tu. Baru tengok berita kata Lata Iskandar Lata Kinjang kena kepala air. Lata Iskandar dan Kinjang ni tempat yang sama ke?.
ReplyDelete