Pages

Wednesday, May 1, 2024

Baraan Raya Pada 19 Syawal

Ikut perancangan hari Sabtu 27hb ayah dan beberapa orang officemate akan beraya bersama-sama. Beberapa hari sebelum tu ayah dapat schedule Sabtu kena attend training kat kolej pula. Jadi terpaksalah raya bersama-sama tu dibuat pada hari Ahad. Crowd pun berkurang. Hanya 2 rumah je yang available untuk dikunjungi. Rumah Auntie Fida di Saujana Utama dan rumah kami.

Berkumpul dulu di Saujana Utama.
Ni semua officemate dan ex-officemate ayah.
Tuan rumah sediakan western food, spaghetti bolognaise, garlic bread and mushroom soup serta roasted drummet.

Auntie Fida, no 3 dari kanan.
Kita pernah pergi sini sebelum Wafi daftar asrama tahun lepas.

Ni kalau Bami, Widad dan Wafi kecik lagi mesti suka rumah macam ni, bertangga. Mereka obses dengan rumah bertangga.
Mereka kata rumah orang-orang kaya.
Dulu selalu mereka tanya kenapa rumah kita takde tangga.
Hurmmmm....

Gambar ramai-ramai sebelum gerak ke rumah kami pula.


 

2 comments:

  1. Hahahaha saya jadi ingat diri sendiri. Dulu juga teringiiin sangat punya rumah bertingkat. Macam seru kan, besar pula. Tapi itu saat kecil.

    Skr dah punya rumah, malah tak nak bertingkat. Repot dan letih nak bersihkan 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin semasa kecil seronok naik turun tangga.. boleh lari².
      Bila sudah berumur rumah 1 tingkat sahaja jadi pilihan.

      Delete