Pages

Friday, May 31, 2024

Hantar Ummi dan Cik Wada Di Movenpick

Ummi dan Cik Wada bertolak ke tanah suci pada pagi hari Rabu 29/5/2024 dan perlu mendaftar di Movenpick pada 28/5/2024 malam.
Jadi kami berkumpul beramai-ramai di sana. Jam 8 malam kami bertolak dari rumah dan perjalanan hampir 1 jam.

Pertama kali ibu sampai ke Movenpick.
Parking kereta di Masjid KLIA, besebelahan dengan Movenpick.
Kami solat Isyak dulu.
Cik Ana naik dengan kita since Cik Ujang tak balik kerja lagi.

Sempat kudap-kudap di gerai berhadapan masjid.

Bergambar dahulu di hadapan dewan Convention Centre Movenpick di mana jemaah haji akan berkumpul.
Masa ni Ummi dan Cik Wada tak sampai lagi sebab mereka bertolak dari rumah selepas solat Isyak.
Yang nak pergi haji relax sahaja tapi yang nak menghantar ni terlebih excited.

Jemaah haji perlu mendaftarkan diri jam 10.30 malam dan jam 12.30 malam baru check-in ke dewan bagi sesi taklimat sebelum di bawa terus ke KLIA.

Ibu masukkan gambar randomly mana yang ada di whatsap group dan telegram.

Cik Wada (anak no 10, 31 th) dan Ummi (anak no 1, 54 th) dapat panggilan tahun ini. Rezeki masing-masing.
Insyaallah doakan kami akan menyusul pula πŸ‘

Ibu dan ummi.

Ibu dan Cik Wada.
ehhhh.. terselit Wafi Hanani.


Kanak-kanak bila dah penat rehat dulu.
Cik Nora bawa bekalan makanan dan minuman.

Comelnyaaaa Cempaka. Tak mau tengok bila makngah nak ambil gambar dia. Malu-malu.

Wartawan dari RTM datang interview JH pula.

Tak tau lah keluar kat segmen mana.

Waris pula kena interview.
Kak Intan malu-malu pula.

Doakan giliran adinda dan kekanda mu ini ya untuk dipanggil pula πŸ’–

Simpan buat kenangan.

Bila adik beradik perempuan ramai, gini ler jadinya.

Ini baru ada Cik Wada.

Ibu suka sangat tengok picture ini. Masa ni Ali pakaikan kasut Cempaka.

MN : Ali kenapa pakaikan adik kasut?
Ali : Nak bawak adik pergi dekat Abi.

Pandai Ali jaga adik. 
40 hari lebih Ali kena tengok2kan adik sementara umi dan abi pergi ke tanah suci.

Paklong Anuar dan ummi.

Dengan nenek pula.

Cik Hannis, nenek, Cik Wada, ummi dan Paklong Anuar.




Harus ada gambar beramai-ramai.

Cik Wada dan nenek.

Bila tengok gambar ni semula masing-masing dok terhibur dengan reaksi Firas bila tengok style botol air Cik Wada yang dibawa ke tanah suci.

Aksi 2 beradik.
Senyum suka bila Cem dapat minum teh ais.

Masa yang ditunggu-tunggu bila jemaah haji bergerak masuk ke dalam dewan secara berperingkat. 

Bye bye ummi.
Bye bye Paklong Anuar.
Bye bye Cik Wada.
Bye bye Cik Hannis.

Semoga Allah permudahkan perjalanan haji dan umrah buat kalian.
Diberi kesihatan yang baik.
Tenang-tenang di sana.
Honeymoon berdua 😍

Mendapat haji yang mabrur πŸ‘

Kami gerak balik jam 1 pagi.

Alhamdulillah, jemaah haji KT067 telah selamat tiba.

Ini Cik Wada hantar gambar.
Tengok ni pun dah sayu dan sedih 😒
Semoga kita semua berpeluang pula ke sanaπŸ‘

4 comments:

  1. Rezeki Cik Wada dapat pergi umur masih muda...tertanya2 juga bila rezeki kita nak sampai dapat ke sana juga,kalau boleh nak pergi time badan masih kuat ni kan kak...
    Ali dengan cempaka tinggal dengan sape kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Cik Wada buat rayuan bila suaminya dapat panggilan tahun ni. Maknya daftarkan tahun 2008 @ 2009 camtu tak ingat which year.

      Ali dan Cempaka duduk dengan neneknya belah suami Cik Wada sebab daily pun transit situ. Tak jauh dengan rumah mak akak sebab dia kahwin dengan orang kampung sebelahπŸ˜…

      Betul.. kita harap dapat pergi masa badan sihat dan bertenaga lagi. Semoga Allah makbulkan doa kita semua.

      Delete
  2. Alhamdulillah dapat giliran cepat juga ya kak ❤️. Semoga kita pun mendapat panggilan haji di saat usia tak terlalu tua. Dan semoga yg berhaji di tahun ini mendapat haji mabrur, dijaga selalu oleh Allah di tanah suci

    ReplyDelete