Pages

Friday, May 31, 2024

Santai Jumaat

Salam Jumaat, penghulu segala hari.

Hari ini ibu bercuti untuk menghabiskan cuti tahunan 2023. Sepatutnya perlu dihabiskan pada bulan Mac tapi disebabkan sibuk dengan closing dan audit jadi bulan May ni setelkan. Bulan ni ibu clear 2.5 hari.
Dapatlah ibu cuti 4 hari sebab Isnin juga Public Holiday.

Tapi memang tak kemana lah since ayah semalam lagi sudah sampai ke Kulim sebab perlu hantar Tokwan checkup hari ini dan akan pulang ke sini hari Selasa.
Ibu duduk berdua dengan Wafi di rumah, memandangkan Wafi kena siapkan homework. Tapi ibu tengok masih qada' dengan HP je 😁
Nanti-nantilah kalau nak keluar pun, mungkin JJCM je.

Pagi ni ibu goreng keladi je. Beli di pasar malam Selasa lepas bila mengingatkan yang Wafi suka sangat keladi goreng.

Minum dengan secawan kopi-o, 434.
Buat 1 teko letak 2 uncang memang kawww.. entah sapa nak habiskan. Gamaknya kena masuk peti sejuklah kot nanti² ayah balik boleh buat kopi-o ais.

Makan dengan sambal kicap.
Sambal kicap memang ibu buat lebih jadi bila nak guna sudah tersedia.

Bolehlah hari ni temankan Wafi sambil update blog dan BW.


 

7 comments:

  1. jarang anak-anak sekarang suka keladi goreng..lama betul tak makan keladi goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dulu masa akak kecik dah terbiasa makan ni terbawa² sampai sekarang sampai anak² pun suka.

      Delete
  2. Bestnya ibu cuti... saya tgu 4.30 petang ni barulah mula cuti sampai hari selasa nanti.. long PH kat sini sempena gawai

    ReplyDelete
  3. bagusnya wafi suka keladi goreng boleh buat geng dengan acik...
    Pia pun tak siap2 lagi homework dia,umi plk yg kesian tengok tak ada rehat macam duduk asrama juga walau hari cuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bawak jalan pun serba salah kan.. kena tunggu diorang siapkan HW.

      Delete
  4. Waaah bagusnya cuti bisa carried forward. Dulu saat saya di HSBC, tak boleh. Hrs habiskan di tahun yg sama 😅🤣. Karena itu kami dulu dari awal tahun sudah diminta jadwal cuti, supaya tak tabrakan dengan cuti staff yg lain.

    Keladi goreng saya juga sukaa sangat. Apalagi dulu mama sedap buatnya. Paling enak sebagai teman minum teh.

    ReplyDelete