Pages

Thursday, July 31, 2025

Bridge Building Competition

Ibu baru nampak dalam FB sekolah aktiviti sempena Bulan STEM 2025.

Perhati video kot² terselit Wafi dalam tu. Ada rupanya.. macam tak beritahu je masuk competition.

Tuesday, July 29, 2025

Pasang Njoi

Akhirnya ibu terpaksa akur untuk pasang Njoi. Kak Widad kata bosan takde channel biasa bila mengadap TV. Asyik Netflix dan channel Youtube. Ayah kata boleh je tengok channel TV dari smart TV tu tapi nak kena search dan tekan button apa-apa entah.

Ibu pulak nak yang senang je. Setelah setahun terminate Astro rindu pula nak tengok channel TV biasa. Sabtu tengahari ibu googlelah camne nak daftar Astro Njoi. Dah tak nak langgan Astro yang kena bayar tiap-tiap bulan. Kalau ada aerial TV @ tulang ikan dijual memang boleh beli je tapi tu lah.. kadang-kadang kena adjust kedudukannya. Tu dululah. Tak tau lah sekarang wujud lagi ke tidak aerial. 

Disebabkan parabola/piring Astro masih boleh guna lagi, bolehlah pasang Njoi tu. Kat iklan kalau dah ada piring Astro kena bayar RM309 sahaja dan kalau baru nak pasang RM399. Bila Astro quote RM275 ibu pun proceed. Bayaran one-off sahaja.

Technician Astro datang tengahari Ahad. Check dulu stabil ke tidak baru pasang decorder Njoi.
Tu filem Orang Ikan ibu sedang tonton sebelum technician ni datang.

Sunday, July 27, 2025

Cerita Sabtu

Berseorang lagi BW. Kunun Kak Widad nak join tapi lepas solat Subuh katanya katil memanggil-manggil. Hurmmm.. ye sudah. 
By jam 7 ibu dah mula BW sebab target biasanya before 8.15 boleh balik rumah.

Balik singgah beli nasi lemak untuk berdua. Ayah kat kampung, Abang Imi plak ikut Abang Izzat balik Tapah.

Friday, July 25, 2025

Majlis Konferensi Akademik I U19 Cricket Kedah

Majlis Konferensi Akademik Bersama Waris ni lah ibu attend hari Khamis ritu di sekolah Wafi.
Masa ibu sampai tu Wafi dan kawan-kawan sedang rehat. Turun dari grab dengar Wafi panggil "mama".
Wafi minta ibu pergi kelas dulu. On the way tu terserempaklah dengan kawan-kawan Wafi lain yang Afiqah, Anis, Airin dan Pipah.

Thursday, July 24, 2025

Perjalanan Larut Malam | Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani

Cerita malam tadi.
Abang Imi hantar ibu ke KTM Sungai Buloh, sesajelah nak manja dengan anak sendiri sebab taknak driveπŸ˜†. Kalau Bami tak ada boleh je ibu drive dan tinggalkan kereta semalam di parkir KTM. 

Tujuannya nak ke sekolah Wafi hari ini. Solo je sebab esok ayah dah ambil cuti untuk balik Kulim. Ikut plan asal memang nak pergi berdua dengan ayah. Mommies jauh suggest naik ETS sama², habis majlis di sekolah boleh terus balik.

ETS jam 11.17 pm. Mata dah tak larat sebab siang kat ofis tak sempat nap pun masa lunch.
Cadangnya bolehlah lena dalam tren.

Tuesday, July 22, 2025

Jerebu

Gambar diambil dari ofis jam 8.00 am

Ini bukan mendung tapi berjerebu di luar.

Dari Johan Setia ke Banting... sekarang dah sampai ke Klang.
Yang duduk dalam ofis tak terasa... yang bekerja di luar, harap semua jaga kesihatan πŸ₯°

Sunday, July 20, 2025

BW | Cari Bahan Basah | Rezeki Petang Ahad

Pagi tadi ibu ambil angin sambil meredakan keresahan hati. Sepatutnya berdua dengan Kak Widad sebab dia yang beria mengajak briskwalk. Sakit perut pulak bila kawan baik tiap bulan datang.

Pagi ni tukar route ke Taman Tasik Hillpark. Lama tak ke sini. Dulu senang² 7-10 km jalan. Siap masuk forest trail lagi.

Sekarang dah malas huhu..

Saturday, July 19, 2025

Check Mata Di Hospital Pantai Klang

3 hari lepas masa kat ofis, eye vision sebelah kiri ibu jadi blurry. Masa mengadap laptop tiba² terasa kabur dan seperti ada cahaya kristal di bahagian tepi mata. Skrin laptop nampak putih tapi tulisan nampak lagi. Bila ibu tengok kertas pun sama juga... kabur dan nampak seperti kristal.

Disebabkan ini kali keempat berlaku sepanjang 2 tahun, ibu dah boleh manage. Ibu masuk bilik meeting room tanpa buka lampu. Pejamkan mata dan relax selama 15 minit. Bila dah ok dan mata dah tak rasa kabur ibu sambung kerja. Tapi tak lama kemudian terasa sakit kepala pula. Ibu ambil panadol 2 biji bagi legakan kesakitan. 

Biasalah... bila tak kena rasa macam tak ada apa² berlaku jadi tak adalah nak jumpa doktor.
Kali ini tak boleh tunggu lagi... ibu kena juga jumpa nasihat pakar. 

Semalam ibu buat appointment di Klinik Dr Jocelyn Wu di Hospital Pantai Klang untuk hari ini. Staff minta datang pagi sebab Sabtu klinik buka dari jam 9 pagi sehingga jam 1 tengahari sahaja. 

Friday, July 18, 2025

Teringin Nak Masak

Ni kejadian dua hari lepas. Ibu balik on time sebab teringin nak masak.. haaa gitu 😁
Kebetulan Kak Widad ada sesi memanjakan diri kat spa (mandi bunga, massage dan facial) jadi pasti balik rumah dia nak bersenang-lenang, maklumlah dah wangi-wangi πŸ˜‚

Ibu singgah kedai dulu beli sayur dan ikan kembung. Lauk lain ada sikit lagi.. sayur je habis.

Tengoklah ayat Kak Widad... tak hagak-hagak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Orang kedai pelik sebab awal hari ti.. biasa nak tutup kedai baru singgah πŸ˜„
Kalau habis kerja ibu lebih suka balik ikut masa sendiri, tak terkocoh-kocoh.

Sunday, July 13, 2025

Makan Tengahari Di Restoren Saffani, Simpang Pulai | Selesai Exam

Pagi tadi gerak dari Kulim jam 10.30 pagi. Lewat sikit sebab ayah uruskan keperluan tokwan dulu sementara Pak Jon sampai.

Kawan² ayah SAS zon utara ziarah tokwan tadi sebelum kami gerak balik.

Otw tu ayah cadangkan lunch kat Ipoh tapi rasa macam taknak masuk pekan. Jadi ayah soh cari tempat makan area Batu Gajah atau Simpang Pulai.

Saturday, July 12, 2025

Program Gotong Royong MADANI 2025 | Bawa Wafi Outing | Hilang Lagi

Plan asal nak bawa Wafi outing minggu ni. Telegram Paksi 3 beberapa hari lepas baru info tentang program gotong royong di sekolah. Jadi sekali harunglah. Tapi nak meet masa yang ditetapkan macam tak dapatlah. 

Gotong royong untuk mengecat divider garisan hitam putih dan buat garisan petak parking di Dataran Wawasan. Juga menanam bunga puding dalam pasu.

Mama Alya share gambar. Masa ni dah jam 11 pagi dan mereka berhenti rehat.

Perjalanan Ke Utara

Semalam bertolak dari rumah jam 8 malam. Itu ini sampai rumah ummi jam 10.30 malam. Trafik lancar, lori besar² pun kurang.

Ummi dah pesan masuk rumah dulu bila sampai sebab mereka ke Kampar ada jamuan makan di rumah abang ipar. Ummi cakap nanti makan buah²an hutan, ada dah letak kat dapur dan luar rumah.

Tu haaa.... manggis pokok sendiri di Chenderiang. Buah hujung itu yang saiznya lebih kecil.

Friday, July 11, 2025

Makan-makan Selepas Kerja

Ini cerita petang semalam. Adik-adik ofis ajak makan selepas habis kerja.
Reward diri selepas closing.

Mereka ajak makan grill & steamboat di Krata-B, Setia City Mall.
Bila makan beramai-ramai masing-masing lebih menggemari makanan sebegitu berbanding ala-carte.

Ada lah 2-3 orang yang tak dapat join.

Tuesday, July 8, 2025

Hadiah Top Komentar Dari Amie's Little Kitchen

Alhamdulillah sudah sampai hadiah Top Komentar 1 Jan - 19 Jun 2025 Amie's Little Kitchen semalam. Nampak sms mesej dari Gdex pagi, petang balik kerja baru ambil.

Secured betul packagingnya...  berlapis-lapis.
Siap ada bag plastik Tawau Cocoa.

Sunday, July 6, 2025

Ahad Dah....

Hari Sabtu hari yang paling bahagia sebab esoknya Ahad masih ada satu hari lagi untuk berjimba-jimba.
Bila Ahad.... alaaa.... lagi berapa jam lagi nak ke hari Isnin. Itu sebab kalau boleh Ahad nak rest betul-betul.
Pagi tadi dengan keadaan yang agak malas, lepas solat Subuh gigih lah juga briskwalk kat Dragonfly park. Sabtu pagi tak dapat keluar sebab nak setelkan beberapa perkara.

Pasang Dashcam & Spoiler Axia | Bateri City

Semalam lepas balik dari majlis kahwin, ibu bawa Axia ke kedai accessories. Tujuannya nak pasang spoiler dan dashcam. 3 hari sebelum tu ibu dah tanya kedai dulu, ada stok katanya.

Banyak brand, boleh pilih ikut poket masing-masing πŸ˜ƒ

Siap pasang. Ini ambil gambar bila sudah sampai rumah.

Majlis Walimatulurus Qistina

Cerita semalam, Sabtu 5/7/2025

Ibu hadiri majlis persandingan officemate ibu, Qistina.
Usianya setahun tua dari Abang Imi. Dah kira anak-anak lah ni, apatah lagi masa baby ibu ada visit Qistina dan kembarnya. Ibu nya dulu staff ibu namun telah ke negara abadi tahun lepas. 
Al-Fatihah buat Kak Izan, semoga syurga buat akak πŸ₯°

Friday, July 4, 2025

Detim | Cerita Dari Asrama | Durian IOI

Seminggu agak huru-hara maklum sahaja minggu closing dan ada tugasan ad-hoc. Balik rumah memang collapsed. Dinner pun beli je kecuali ada sehari goreng nasi. Kak Widad pula dah start final exam.

Petang tadi ajak ayah dinner kat luar. Kak Widad taknak join tapi kirim kek je. Ibu teringin makan kat Secret Recipe. Dari office terus singgah. Kebetulan ayah petang cuti sebab malam ni nak balik ke Kulim naik ETS. Nanti teruslah ke KTM Sungai Buloh.

Wafi & Perbarisan PPIM

Masa Wafi balik last week ada share kat ibu gambar² pakai uniform kawad Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM). Ibu simpan sini buat kenangan Wafi nanti.

26/6/2025
Kejohanan Olahraga Tahunan



Wafi kata muka ada nur...
Mana taknya, minggu sebelum tu ada sukantara kemudian kriket pulak.

Bahasa Jerman vs Bahasa Jepun

Si adik belajar Bahasa Jerman di sekolah, si kakak pulak belajar Bahasa Jepun di U.
Tapi tak pernah lah dengar diorang ni guna bahasa tersebut kat rumah.
Apatah lagi tonton filem/drama πŸ˜ƒ

Ni ritu kakak ada test B. Jepun secara online.