Pages

Sunday, July 6, 2025

Pasang Dashcam & Spoiler Axia | Bateri City

Semalam lepas balik dari majlis kahwin, ibu bawa Axia ke kedai accessories. Tujuannya nak pasang spoiler dan dashcam. 3 hari sebelum tu ibu dah tanya kedai dulu, ada stok katanya.

Banyak brand, boleh pilih ikut poket masing-masing 😃

Siap pasang. Ini ambil gambar bila sudah sampai rumah.
Dashcam, kamera depan dan belakang, harga RM250.00, tambah SD card 32g, RM35

Ibu ada tanya kedai upah kalau pasang sahaja, katanya RM80. Cuma warranty dia tak jamin atas dashcam yang dibawa sendiri. 
Bila ibu search model yang sama kat Shopee boleh dapat dalam RM80. Upah pasang RM80, lebih kurang RM160 sahaja harganya. Kalau pandai pasang sendiri lagi lah jimat berganda-ganda.

Legalah dah siap pasang, bulan 10 nanti Kak Widad nak bawa ke Terengganu.

Siap pasang dashcam, baru mereka pasang spoiler. 

Ibu ambil spoiler yang paling basic. 

Harga spoiler sekali pasang RM200.

Eloklah sikit.. takde lah nampak togel Axia X ni.

Kalau ikut Bami dia minta yang besar, yang lebih sporty.
Takyah lah Bami... ini pun ok. Nanti kalau Bami ada kereta sendiri, nak pasang spoiler tambah sayap kiri kanan atas bawah pun boleh.

Ini satu-satunya kereta yang ditambah accessories. Kereta lain macamana beli... macam tulah kejadiannya sampai bila-bila. Hanya pasang tinted sunscreen.
Pada ibu, kenderaan ni nak sampai point A ke point B sahaja. Dah boleh sampai dengan selamat itu sudah memadai. Kereta dijaga dengan betul, bersih dan dalam keadaan selamat.

*****************
Semalam pagi kununnya nak beli sarapan dulu. Start engin City terasa berat pula. Ni mesti bateri. Tak boleh jadi ni... karang tak memasal tak boleh start masa nak balik. Takpun, Isnin nak pergi kerja terus bateri kong. Mungkin boleh pakai lebih lama tapi taknak lah ambil risiko. Tahun pertama pakai City bateri kong masa nak pergi kerja. Guna Honda Assist tapi still kena tunggu sebab depa nak kena cari kedai yang buka.

Bawa lah Axia dulu cari sarapan.

Masa ayah takde kat rumah lerrr bateri lemah 😫

Sebelum bawa Axia ke kedai accessories, ibu bawa City ke workshop dulu. 
Suspen je bila tokey buka bonet kereta. Mujur bersih huhu... ibu hanya cuci bonet kereta di service centre, kiranya 6 bulan sekali. Kalau monthly wash tu, cuci body dan dalam sahaja.

Tokey beritahu bateri dah 2 tahun. 
ooo.. ada tulis eh 😅

Diorang guna multimeter untuk check bateri dan alternator.

Memang sah bateri.... nak habislah jangka hayatnya.

Ambil bateri Yokohama, RM215
Warranty 1 tahun.

Kedai jual 2 jenis bateri je, Yokohama & Hero.

Ibu ada tanya berapa lama bateri kereta ni tahan, tokey beritahu kalau bateri tak hidup kurang satu tahun, itu masalah bateri.

Kalau tahan 2, 3, 4 tahun, itu REZEKI 

😍😍😍



 

4 comments:

  1. Penting dashcam ni... Sebab sekarang macam macam perangai manusia bawak kenderaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah MT.... ni bila anak² bawak kereta tetaplah risau.

      Delete
  2. Harga Shopee memang jauh beza la. Kedai ni ambik upah mahal & kos2 lain sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang ni pulak jenis buta pasal kenderaan.... itu yang turut je apa yang kedai sarankan. Nak beli sendiri takut tak kena atau sesuai.

      Delete