Lama sangat tak makan sebab tak jumpa.
Beli sepinggan RM13 dah siap bersihkan. Ada juga yang masih belum bersih.
Jumaat baru sempat masak.
Bila dah masak dapatlah semangkuk.
Ibu tumis ringkas je guna cili sikit, bawang merah dan putih.
Tambahkan serbuk ikan bilis.
Terasa manis cendawan ni.
Google image
Dulu masa sekolah rendah ibu kerap tolong nenek cabut dan bersihkan cendawan yang dipetik di kebun kelapa sawit.
Bawah kolong rumah nenek pun pernah tumbuh cendawan ni.
Masa cabut cendawan ni perlu berhati-hati kalau tak ia boleh terputus.
Akar bawah tu pun boleh dimakan.
Nenek kata kalau malam bunyi guruh atau petir dan kadang-kala hujan, pagi tu akan nampak cendawan ni naik.
Namun sekarang ibu dah tak jumpa pulak situasi ini berlaku.
Ibu suka yang masih kuncup sebab ia lebih manis.
Boleh digoreng, ditumis, dimasak bening atau dibuat sup.


belum pernah makan lagi cendawan ni.. kalau kulat paha ayam biasa sangat zaman budak-budak dulu.. cari dalam kebun getah masa ikut orang tua pi menoreh.. ke yang sama?
ReplyDeleteYa Ampun kak kenap jahat sangat tayang ni. Terus terliur tau. Sedapnya buat tumis air atau goreng pedas2.
ReplyDeleteSedap betul cendawan ni. Tumis atau masak bening kosong camtu pun dah sedap. Oo yang kuncup ni lagi sedap ye. Tak pernah ada pengalaman cabut cendawan. Risau tercabut cendawan beracun pulak.
ReplyDelete