Lama sangat tak makan sebab tak jumpa.
Beli sepinggan RM13 dah siap bersihkan. Ada juga yang masih belum bersih.
Jumaat baru sempat masak.
Bila dah masak dapatlah semangkuk.
Ibu tumis ringkas je guna cili sikit, bawang merah dan putih.
Tambahkan serbuk ikan bilis.
Terasa manis cendawan ni.
Google image
Dulu masa sekolah rendah ibu kerap tolong nenek cabut dan bersihkan cendawan yang dipetik di kebun kelapa sawit.
Bawah kolong rumah nenek pun pernah tumbuh cendawan ni.
Masa cabut cendawan ni perlu berhati-hati kalau tak ia boleh terputus.
Akar bawah tu pun boleh dimakan.
Nenek kata kalau malam bunyi guruh atau petir dan kadang-kala hujan, pagi tu akan nampak cendawan ni naik.
Namun sekarang ibu dah tak jumpa pulak situasi ini berlaku.
Ibu suka yang masih kuncup sebab ia lebih manis.
Cendawan busut ni boleh digoreng, ditumis, dimasak bening atau dibuat sup.


belum pernah makan lagi cendawan ni.. kalau kulat paha ayam biasa sangat zaman budak-budak dulu.. cari dalam kebun getah masa ikut orang tua pi menoreh.. ke yang sama?
ReplyDeleteMungkin yang sama ustaz.. nama berbeza mengikut tempat.
DeleteYa Ampun kak kenap jahat sangat tayang ni. Terus terliur tau. Sedapnya buat tumis air atau goreng pedas2.
ReplyDeleteekeke.. barang rare ni mesti kena tayang. Bukan senang nak jumpa 😁
DeleteSedap betul cendawan ni. Tumis atau masak bening kosong camtu pun dah sedap. Oo yang kuncup ni lagi sedap ye. Tak pernah ada pengalaman cabut cendawan. Risau tercabut cendawan beracun pulak.
ReplyDeleteKena tau cendawan mana yang boleh dan tak boleh makan.
DeleteDulu mak atau nenek yang ajar. Yang akak tau cendawan busut, cendawan sisir dan cendawan kuping je sebab itu yang ada di keliling rumah. Cendawan sisir dan cendawan kuping tu hidup bila ada pokok getah yang tumbang/mati. Keluar terutama musim hujan.
Masa kecik²..kalau ternampak, buat² tak nampak mak kata..kalau tak, dia bantut..tak beso² dah.. hahaha..tak tau lah betul ke idak.. kalau goreng je pun sedap..rasa kenyal²... Sekarang, nak jumpa pun susah..dekat kampung, belakang rumah ada banyak pokok sawit pun ,tak jadi juga cendawannya...
ReplyDeleteSedap sebab tekstur kenyal dia tu. oo ada petua ya.. buat-buat tak nampak.. kalau tak banyak yang keluar kena tunggu kembang sikit baru cabut.
DeleteTak tau kenapa eh.. walaupun masih ada pokok sawit tapi masih tak tumbuh cendawan tu.
SA suka sangat...pernah gak kutip masa kat kampung...selalu buat sup, masak lemak cili api atau buat rendang..sodap..
ReplyDeleteoo ada juga MLCA atau rendang..
DeleteKalau dapat banyak bolehlah direndang.. kalau dapat sikit buat sup je huhu.. buat ghaso-ghaso.
Sedapnyaaaaaa..Dah lama tak bertemu cendawan yang satu ni....Saya cuba juga mencari kat kebunan sawit tempat kerja tapi tak jumpa...kata orang kalau dicari tak akan jumpa...huhuhuhu
ReplyDeleteKalau dapat tu memang rezeki betul MC.
DeleteBanyak betul pantang larang cendawan nan satu ni ya.. patutlah harganya pun kayangan.
Aduhaiiiiii lamanya tak jumpa cendawan busut ni. Dolu2 selalu makan buat masak air je sebab kemanisan cendawan tu yang rasanya asli gitu. Cendawan ni tak tahan lama kalau jumpa dan petik terus buat masak.
ReplyDeleteIa Kak Notie.. kalau petik terus masak baru terasa manisnya. Masak air paling senang dan rasa fresh.
DeleteRitu saya masuk peti ais dulu tak sempat nak masak.. mujur lah elok lagi.
Sy pun suka kutip cendawan kecik² dulu... Tapi masa tu tak reti makan. Rugi je kan 😁
ReplyDeleteadehh... kalau lah masa boleh diundur 😁
DeleteCendawan busut ni cendawan shimeji ke?
ReplyDeleteBukan BK.. cendawan shimeji ni cendawan pekan/bandar 😀 tak tumbuh atas tanah. Cendawan busut tumbuh atas tanah/busut.
Delete