Pages

Tuesday, March 17, 2026

Munjung Nasi Ambeng

Hari Jumaat nenek bagitau nak munjung pada hari Ahad (munjung : menghantar makanan kepada jiran, saudara mara @ orang yang lebih tua menjelang hari raya) . Kena buat juga sebab dah takde hari cuti lain sebelum raya. Mana anak-anak yang free kena balik rewang. Ummi dari Tapah pun sampai juga malam Jumaat tu, jadi dapatlah berbuka sekali.

Tahun ni nenek munjung Nasi Ambeng. 

Start rewang jam 9 pagi tapi ibu minta excuse  lewat sikit sebab selsema.
Adehhh.. selsema yang asyik mengalir.. dah lah hachummm hachumm je. Rasanya sebab dah 2 malam tidur lewat. Jumaat malam tu kemas ruang tamu yang berhabuk lepas tukar tiles. 

Cik Elis, ummi, Cik Baya dan Cik Man lah tukang masaknya. Adik beradik lain sediakan bahan-bahan memasak. Selesai masak jam 3 pm. 

Tumis kobis+kacang buncis+carrot+capsicum+kentang

Ikan masin bulu ayam

Serunding kelapa

Ayam masak semur/kicap

Mee goreng

Sambal Tahun (Kulit lembu+lengkuas muda+daun soh/melinjo+cendawan hitam)
Cara masak macam Masak Lemak Cili Api

Sedia untuk dibungkus.

List name nenek tulis. Ada lagi tambahan bila Cik Baya nak bagi kawan-kawan ICU HASA.
Nenek ada simpan list beberapa tahun sebelum ni, ada 35 nama. Katanya ramai yang dah meninggal 😪😪

Bungkus pakai container ni. Ayam semur/kicap dan Sambal Tahun bungkus plastik asing sebab berkuah.

Lepas solat asar, ibu dan Kak Widad jadi runner.
Ada rumah kawan nenek yang ibu agak lupa jadi angkut nenek sekali 😆
Bawak Kancil/Nazirah juga sebab nanti dia yang bagi salam hulur bekas tu.
Kena ada pelapis buat kerja-kerja ni. 

Untuk rumah sedara tepi-tepi rumah, minta anak buah lelaki hantar.
Cepat je lah diorang setel kan.

Munjung ialah tradisi masyarakat Jawa yang membawa maksud menghantar makanan, hidangan, atau juadah kepada saudara-mara, jiran tetangga, atau orang yang lebih tua sebagai tanda silaturahim. 

Ciri-ciri Munjung:
Waktu: Lazimnya dilakukan menjelang hari raya (malam 7 likur/aidilfitri) atau semasa majlis istimewa.

Juadah: Makanan yang dihantar biasanya jenis kering atau yang tahan lama seperti ketupat, rendang, lodeh, sambal kacang, dan kuih-muih.

Tujuan: Mengukuhkan muafakat, menghormati orang tua, dan berkongsi rezeki. 

Secara ringkas, munjung adalah adat berkongsi makanan dengan jiran-jiran, terutamanya oleh masyarakat Jawa.
 

No comments:

Post a Comment